my lovely pies

Thursday, December 17, 2009

family ceria gath... :)


ASSALAMUALAIKUM....

akhirnya berkesempatan menukilkan rentetan perjalanan gathering family ceria...

tempat:TIMES SQUARE,KL
masa:11.30 pagi-5.30 petang
aktiviti:macam-macam ada

but..first of all,i would like to briefly explain what is family ceria is?actually family ceria ni gelaran dalam group kitaorang.group apa?


group ni ditubuhkan oleh encik miqdad bagi mengumpulkan pelajar yang mengambil peperiksaan spm pada tahun 2007.dipendekkan cerita..hasil perkenalan kami selama hampir dua tahun..kami pun jadi terbiasa dengan gelaran family ceria dalam kalangan kami.hehe..

sebenarnya sebelum ni ada juga gathering kat midvalley megamall..tapi waktu tu aku tak dapat join..so kali ni..tepatla masanya sebab sedang bercuti kan..jadi joinla..walaupun tak semua ahli group datang(ada yang masih kat overseas,busy study,ada hal n lain2)..tapi tetap juga misi dijalankan..hehe..

aku dan dell memang dah pakat nak pergi sama2 cuz dell study kat UTM jalan semarak which is located near to my house..setelah selamat sampai di depan taxi stop UTM..aku pun contact dell..2 minit kemudian..dell pun keluar dari pintu pagar UTM menuju ke arahlu dengan senyuman comelnya..ni kali pertama aku berjumpa dengan dell dan member2 yang lain..jadi muka pun kadang2 tak cam..alahai..comel bonar la si dell ni..dan asyik tersenyum..ayat pertama dell.."effa,kenapa nampak lain dari dalam gambar?",sehingga kini kelainan yang dimaksudkan masih menjadi misteri..hahha..beberapa minit kemudian..teksi pun muncul..dan kami pun selamat sampai ke TIMES SQUARE..sebelum tu,sorang lagi member,wan dah mesej..katanya dah sampai dan sedang tunggu kat MCD..jadi dell n aku pun menjejaki dia..sampai je kat MCD..kitaorang pun melilau cari batang hidung dia..tiba-tiba nampaklah seorang mamat ni tengah syok minum air tapi membelakangi kitaorang.aku pun terus bagi mesej..ringkas dan padat..haha.."pusing belakang",beberapa saat lepas tu..bangkitlah dia menuju ke arah kitaorang..selang beberapa minit lepas tu,member2 lain pun sampai..(nedd dan kawan2nya,afiah,akhmal,zati,mirul dan jiha)..nedd memang nampak sebijik dari dalam gambar..tapi sebenarnya lagi kiut sebab nampak lagi real cheekbone dia..hihi..jiha pulak..ayu je..tapi..boleh tahan rock gak minah tu..mirul?tersengih sepanjang masa dan memang kuat mengusik orang..wan?sebijik juga dalam gambar..nasib baik tak bahasakan diri dia atok penyu..wakakaka..PEACE!

kami pun berbual-bual sekejap..dan lepas tu..THE ADVENTURES BEGAN!kitaorang menuju ke tempat yang paling last dalam list what-to-do-on-your-free-time..bowling alley!hua..menggeletar seluruh tubuhku..sebenarnya seumur hidup tak pernah main bowling walaupun banyak kali teman kawan-kawan pergi main..entahlah..tak minat main bowlingla..percubaan untuk selamatkan diri kali ni tak berjaya..nak tak nak..join jugalah..haha..pemenangnya ialah..wan..diikuti dengan mirul..perempuan pun hebat juga..nedd,jiha n dell memang hebatla...aku?dah baling semua..kira ok lah..hee....ha..sebelum tu nak cerita..aku tak taulah mana satu:wan atau mirul yang kenekan aku.letak nama aku as da first player...pergh..dahlah tak pernah main n dah promise dengan diri tak nak main..sekali kena main dulu..(alasan mirul :start first,habis awal)..logiklah juga..adoi..nak pegang bola pun terkial2..tapi..takpe..berjaya dihabiskan..haha..









 dah habis main bowling..kami..kami..ha..kami pun pergi food court..nak makan2..borak-borak kejap..aku dan jiha decided untuk makan makanan mamak.aku order roti sardin and jiha order murtabak ayam.pergh..abang tu kata tak lama lagi siap..lama jugala aku and jiha tunggu..siap habis bersembang satu topik penuh dengan afiah n zati..akhirnya dapat juga...tiba-tiba tergerak nak usha my hp..


1 missed call and 1 message..

aku bukak dulu missed call.. "soul FC"
aku bukak pula mesej..dari orang yang sama.."weh..korang kat mana?" waktu penghantaran:11.55 pagi..aku tengok jam tanganku..sekarang dah pukul 1.18 tghari..alamak!aku terus contact afiq(pemilik nama samaran soul tu..haha)..dia kata dia kat surau..aku dah agak mesti dia lama sangat tunggu..aku pun suruh dia datang ke food court dan join kitaorang.alamak..aku macam boleh nampak kepenatan dia..GUILTY!!aku pun memberanikan diri tanya soalan yang agak obvious jawapannya.."dah lama ke kau tunggu?"afiq hanya senyum dan aku tak habis-habis mintak maaf..aku pun tak kira berapa banyak kali aku mintak maaf..sampai afiq pun dah fed up dan kata.."aku tak kisahlah..ko ni dari tadi minta maaf"..huhu..sorry tau afiq..hp aku problem la..hee...nak bagitau..aku n jiha tak habis makan..besar sangat rotinya..haha..








hurm..kami pun terus makan lagi..tiba-tiba muncul idea untuk tengok wayang..cerita?SANTAU..yes!!aku suka cerita seram(despite of fear of the spooky scenes)..selesai solat..kami pun menuju ke cinema..pergh..wayang sudah mahu bermula..jadi..sangat gelap dalam panggung..selesai ambil tempat duduk,kami pun bersedia untuk menonton..haha..cerita yang sepatutnya seram..dah jadi cerita lawak sebab ramai sangat yang buat skrip sendiri..orang belakang kitaorang pulak tak habis2 buat sound effects..(walaupun sometimes it does get pretty annoying)..secara keseluruhannya..ok la ceritanya..walaupun nedd mula berbisik.."aku dah start mengantuk ni.."'hehe...bagi aku ceritanya memang cliche tapi plotnya not bad..dan aku hampir menangis bila adegan sedih..tapi paling penting..aku memang menjerit macam apa je la bila part hantu keluar..(hantu belum keluar pun aku dah jerit)..haha..kesian nedd dan jiha yang duduk sebelah kiri n kanan aku..sabar je la ye..hikhik..


selesai tengok movie,kami pun sempat ambil gambar.





.nedd dah kena beransur pulang sebab takut jam kan..peak hours kot..kesian nedd yang memandu agak jauh..huhu..selesai bergambar..kami pun ucap selamat tinggal pada nedd,zati,afiah dan akhmal sebelum afiq...kini tinggallah dell,wan,mirul,jiha dan aku.dan kami decided untuk melialau seluruh TIMES SQUARE untuk ambil gambar..pergh..memang lama jugalah kitaorang ambil untuk ambil gambar..haha..kredit to dell sebab dapat tarik orang suruh ambilkan gambar kitaorang..kredit to jiha,wan,mirul and myself sebab bergilir2 ambilkan gambar..hihi..





 



selesai semuanya..kami pun mengucapkan selamat tinggal..sayu tengok semua dah pergi..lepas tu..dell dan aku teruskan perjalanan untuk pulang..kami pun bergerak pergi ke arah teksi..

pakcik X:nak pergi mana dik?
aku:setapak
pakcik X:kalau nak murah pergi beli tiket teksi kat dalam tu
aku:berapa rm?
pakcik X:kalau beli tiket tu paling mahal pun rm18..

~wat??!!tadi aku datang TS rm 8 je..~

aku:mahalnya..tadi kami datang sini rm8 je..
pakcik X:(buat muka terkejut ala-ala ternampak gorilla maen bowling)..
rm8 je?kalau nak murah.......


aku tak dengar apa dia cakap lepas tu sebab aku n dell melarikan diri dari pakcik tu yang asyik ekori kami..huhu..

dell:kita naik tren je la..

aku:ok!

beberapa minit kemudian..


dell:kita sepatutnya naik teksila..kita cross jalan sebelah sana..
aku:urm..betul gak tu..ok..jom..


turun tangga..jalan..sampai kat satu section tepi tangga..

dell:eh..dulu dell datang sini..ada tangga terus untuk cross ke jalan sebelah.kenapa dah takda?
aku:(blur)

naik balik tangga..turun balik tangga..sampai ke bawah..dell pergi tanya kat akak sorang ni..

dell:kita kena naik balik..jalan mesti jam..kita naik trenla..
aku:ye la..lupa pulak kan?jom3..

naik balik tangga...beli tiket monorel ke bukit nanas..

dalam tren..kami berbual rancak..seronoknya berbual..tiba-tiba..


"stesen medan tuanku"...

aku:kenapa eik rasanya kita..(mengerling ke papan destinasi kat pintu tren)..dah TERLAJAK!
dell:(blur)..eh! ye la..jom3..keluar..

pergh..hampir saja aku terkepit sebab kami ambil masa beberapa ketika jugalah untuk menyedari kami terlajak stesen sebelum bertindak keluar dari tren..sambil kitaorang terburu-terburu menuju ke tempat menunggu tren di arah sebelah,sempatla aku menahan perut sebab gelak tahap dewa memikirkan kesengetan kami..haha...

alhamdulillah..selamat sampai ke stesen bukit nanas..strategi yang bijak..pergi tempat menunggu tren sebelah satu lagi..sebab..pastinya tren tu akan bergerak bertentangan arah yang kami lalu awal-awal tadi..maknenye..akan dapatlah kami pergi stesen yang kami terlepas tadi..haha..

setelah beli tiket putra lrt ke wangsa maju dari dang wangi..kami pun naik tren..8 stesen kami lalui..akhirnya sampai ke wangsa maju..kami berpecah dari situ..dell ambil teksi ke kolej kediamannya dan aku pun ambil teksi ke rumahku..papai dell..

dalam teksi..aku tersandar kepenatan..seronok juga dalam teksi..uncle wong yang drive teksi tu sangat polite dan dia buatkan aku rasa bahagia duduk dalam teksi..haha..cara dia bercakap..tip top!cara dia tanya arah mana aku nak ikut..tip top!cara dia melayan pertanyaan dan bebelan ku..tip top!setibanya di rumah..hujan turun selebat-lebatnya..alhamdulillah..selamat sampai rumah..

p/s:thanx kawan-kawan..had a great time with u guys..keep in touch ya!







Saturday, December 12, 2009

cuba je..


ASSALAMUALAIKUM..

cuba..jangan tak cuba..
itulah yang selalu aku tanamkan dalam diri..
dan itu jugalah yang buat aku lebih yakin dalam melakukan apa-apa..cewah..
kalau bukan sebab cuba..tak mungkin aku boleh drive kereta..(in spite of  the fear of  busy highway)
kalau bukan sebab cuba..tak mungkin aku boleh jawab upsr,pmr,spm dan exam2 lain..
so..konklusinya..CUBALAH..


haha..apa kaitan cuba mencuba dengan entri kali ni?
ya..aku sekali lagi mencuba..
sebenarnya agak muak asyik makan nasi lemak,roti canai,kuih muih,oat,nestum dan sarapan yang lain.
jadi..nak cubalah buat benda baru..haha..
sambil diperhatikan oleh ayah..(yang berkerut-kerut dahi tengok apa lah anak dara dia ni buat..)


nama resepi kali ni..(sebenarnya tak ada nama sebab sendiri cipta..haha..so..kita bagi nama dia..effa's cheesy blueberry's toasts).agak poyo di situ..again..i don care..haha


bahan dia senang je.ni bukan hanya untuk sarapan..untuk minum petang pun boleh.AMARAN:hidangan ini agak manis dan berkeju..jadi..sesiapa yang sedang berdiet..fikir2lah..haha


rasanya tak ada orang nak try..tapi.takpelah..nak share juga..


cara nak buat:


1.sapukan jem blueberry(apa2 jem pun boleh..) atas roti,letakkan keju dan tutupkan dengan sekeping lagi roti yang dah disapukan dengan jem juga.


2. bakar selama 1-2 minit


sos:


1.panaskan kuali

2.masukkan dua sudu air

3.tambahkan jem(kalau korang pakai jem blueberry untuk roti,so,,gunalah jem blueberry juga untuk sos..dan sebaliknya).


4.tambahkan sus cair @ susu krim


5.biarkan mendidih


pastu..hias cam mane yang patut..haha..maaf..ni memang agak hodoh..


 


p/s: kenapa saya suka makan??









Thursday, December 10, 2009

treasuring malacca (part 2)

ASSALAMUALAIKUM..

pengembaraan di melaka bersejarah bersambung lagi..

5th Dec 2009

pagi di klebang memang indah.ditambah pula rumah jiha(my cousin) tu memang betul2 depan pantai..so..sangat menyegarkan..kami memang dah plan nak berjalan2 hari ni..cadangnya nak ke mahkota parade dan kawasan sekitarnya.jiha pun memang nak berlatih driving jugak cuz dia still baru dalam arena pemanduan..huhu..(ayat tak boleh blah)..dah siap2 kemas rumah,kami pun bertolak.tipulah kalu aku cakap aku tak nervous naik kereta dipandu jiha.ni first time dia pergi mahkota parade drive sendiri.tapi..as usual..aku buat2 cool..haha..sebab..kalau aku buat muka cuak..dia sure akan lagi cuak.sepanjang perjalanan..aku asyik membayangkan kat bawah akki aku ada brek tambahan.so..tiap kali jiha brek..aku pun brek..sengetnya la aku..alhamdulillah..sampaila juga ke MP dengan selamat.ceh..jelesnya aku..jalan kat melaka tak busy langsung..kalau kat kl..even nak pergi JJ dekat umah aku pun jalan sentiasa busy.hurm..sampai2 ja..terus snap picture..haaha



first target...mcd..pergi minum2 kejap..lepas tu..terus..KARAOKE..hua..spent 2 hours on that..seronok..aku memang suka gila karaoke.selain daripada melalak dalam bilik air..haha..mula2 kitaorang book untuk sejam.tapi lepas tu..tak cukup..tambah lagi sejam.sound system dia best,tempat cozy,pilihan lagu pun best.so..x de la rasa membazir.lagipun bukan selalu dapat nyanyi2 dengan kazen kesayanganku tu..huhu..



dah habis karaoke,kami pergi kedai buku jap.adik jiha,qiah nak beli manga.aku dapatla beli sebuah novel ni,divine secrets of the ya-ya sisterhood by rebecca wells.ada stock clearance waktu tu..so dapatlah rm8.90 satu. cerita ni dah lama difilemkan pun...baru sekarang dapat baca..sebab baru jumpa novelnya..ngee..

 tak habis baca lagi pun.beli sebab takut bosan dalam bas nak balik kl nanti,so at least adala juga benda nak dibuat.hehe..

perut dah mendendangkan irama keroncong,pergila makan..disebabkan agak muak dengan nasi(sebab asyik makan nasi je sebelum tu)..decided la nak makan grilled chicken with black pepper sauce.dah order,and bayar kat kaunter.bila nak pergi ambil ordered food tu,encik tu kata.."sekejap ya..5 minit.".. bukan ke selalunya kalau kat food court,makanan semua dah prepared kan?takpe2..aku pun pergila duduk.(walaupun aku tau,typical malaysian,kalau 5 minit maknanya lebih dari tu)..10 minit kemudian..aku pun pergilah lagi ke kaunter tu,

aku:cik,yang saya order tadi dah siap?grilled chicken with black pepper sauce(pergh..tak boleh panjang lagi agaknya namanya)
cik X:yang mane ye?dah order dah tadi?
aku:(sambil tersenyum plastik)..ya..dah order
cik X:(mengorek2 dapur..dan akhirnya...ya!jumpa pun..)..nah..

mak aih!besar betul pinggannya..isi sikit je.pinggan dah macam dulang.sepanjang aku bawa pinggan tu ke tempat duduk yang agak jauh,ramai jugala yang memandang.haha..lantaklah..

selesai makan..kami ke parkson,nak shopping sikit.lagipun cik ani(mak jiha) ada bagi aku baucar sebelum pergi.dapatlah aku beli wallet f.timber.tu pun sebab ada diskaun 70%,kalau tak..tak mampu..haha..



6th Dec 2009

hari ni akan pulang ke kl.tapi tiket tak beli lagi.pergh..memang memperjudikan nasib la aku ni.dahlah hari ahad,kalau lambat sikit,sure tiket habis.sebenarnya nak beli semalam tapi..LUPA!haha..tu la..berjalan sangat..
cik ani keluar pergi umah orang kawin dan sempat dia belikan aku tiket.pukul 4 petang.3.30 petang..bayang cik ani tak juga nampak.tiba-tiba cik ani call,suruh jiha hantarkan aku ke melaka sentral cuz dia tak sempat balik untuk fetch aku.jiha pun dengan cuaknya hantar aku.malangnya..bas dah gerak waktu kitaorang sampai.jalan jammed,lagipun agak jauh dari rumah ke melaka sentral.apakan daya..belilah tiket lag satu.pukul 5.30 petang.setelah hampir sejam tunggu..bas pun sampai.selsesai ucap terima kasih dan selamat tinggal,aku pun naik.hua..peliknya tempat duduk..8-10 tempat duduk hadapan macam biasa..tapi barisan lepas tu,tempat duduk disusun satu-satu.sangat pelik.melilaulah juga aku mencari tempat duduk.hurm..dapat pun..

akhirnya selamat sampai ke kl..ape aku boleh katakan..percutian yang sangat pendek tapi memuaskan..takpe..next time ada lagi.to jiha n family.thanx a lot..mmuahx~



p/s:bengang ngan pakcik bas..tinggalkan kitaorang jauh dari stesen pudu..kesian sepasang suami isteri tua ni.kena berjalan usung beg besar.dan memang agak cekodok pakcik bas sebab spent 20 minit untuk sisi minya.bukankah sepatutnya sebelum mulakan perjalanan,semuanya harud tersedia,servis bas,isi minyak,bersihkan tempat duduk..bla3..haish..macam2..




Wednesday, December 9, 2009

treasuring malacca (part 1)

ASSALAMUALAIKUM..

This was supposed to be posted few days back but..not in the right mood though..so today,i'll tell u(my lovely followers..)what exactly i've experienced during my so-called holiday(visited my cousin's place to b exact) in malacca.

4th Dec 2009


tiket bas dari pudu ke melaka sentral dah dibeli semalam(3rd Dec 2009),alamak!hujan selebat-lebatnya pagi ni..dari pukul 5 pagi tadi sampai skrg(9 pagi).macam mana nak pergi stesen lrt utk ke pudu?ayah dah pergi kerja..takkan nak kacau ayah suruh hantarkan?haish..bas pukul 10.30 pagi..hurm..akhirnya..dipendekkan cerita..ayah hantar juga ke stesen lrt damai..tq ayah!hujan masih belum berhenti tapi perjalanan mesti diteruskan(cuak sebenarnya..dah lambat..)alhamdulillah..sempat sampai ke pudu..tapi memang tercungap-cungap macam unta tercekik buah nangka.kalau boleh diceritakan..(rumah >>stesen lrt damai>>stesen lrt masjid jamek>>stesen plaza rakyat a.k.a- pudu).





sempat la juga pergi beli air,surat khabar n topup..ok..dah masanya naik bas.mak aih!ramainya manusia..oh ya..lupa pula..ni kan cuti sekolah..orang lain pun nak juga berjalan2 luar kl..hurm..nasib baik ada tempat kosong..sebelah kakak cina ni..

aku:may i sit here?
miss X:(anggukkan kepala sambil kipas2 tangan ke bawah..suruh aku duduk sebelah dia).

ini ada satu insiden yang aku masih tak paham..alkisahnya ada sorang lelaki depan seat aku ni..


gadis 1:ada orang tak sebelah ni(merujuk seat sebelah mamat tu)
mamat X:(anggukkan kepala)
~berlalulah gadis 1 dengan hampa~
2 saat kemudian..
gadis 2:ada orang sebelah ni?
mamat X:(gelengkan kepala)

erk..apakah?nak bagi orang seat pun nak kena bias ke?tadi gadis 1 nak dudk kata ada orang..dah tu..gadis 2 boleh pulak duduk.haish..macam2..


drama tak habis lagi..kami terpaksa tunggu hampir setengah jam untuk bas bergerak(tak apalah..at least aku tak tertinggal bas)..pakcik bas pun satu..pergi tutup pintu..dia keluar..tiba-tiba ada seorang abang ni bawak anak dia(lingkungan umur  3-4 tahun)..nak keluar..tapi pintu bas automatik dah tutup.lama jugalah abang tu berdiri kat depan..siap cuba-cuba tekan butang kat tempat driver(risau gak kalau dia tersalah tekan dan bas memecut ke..terbang ke..)..tak cukup dengan tu, siap hon lagi..nak suruh pakcik bas masuk dan buka pintu..malangnya tak ada respon.hampir 10 minit kemudian..pakcik bas kembali..


abang X:abang..kejap ye..anak saya nak buang air
driver:tak boleh..bas dah nak bergerak..
abang X:tolong la bang..kejap ja..5 minit..5 minit 
driver:(hesitated)..5 minit ja..

5 minit...6 minit...8 minit...15 minit...

bayang abang tadi tak nampak2 lagi
..apalagi driver pun bergerak je la..kesian abang..persoalannya..salah siapa?adakah abang tu?walaupun dia dah berusaha nak keluar waktu driver tu kat luar lagi atau salah driver walaupun dia hanya jalankan tugas?

2 jam lebih dah berlalu..sampai la juga di melaka sentral





..oho..sejak dapat pengiktirafan UNESCO, makin cantik melaka..kalau dulu waktu aku study kat matrik melaka,selalu juga datang melaka sentral untuk balik ke kl..dan keadaannya biasa-biasa je..tapi sekarang..nampak lebih teratur dan lebih tersusun.good job!hurm..nak tunggu auntieku ambil.alhamdulillah..sampai juga makcikku n cousinsku tersayang..(jiha dan adiknya..naquiah).kami lunch di pizza hut..yummy..sedap3..dan terus pulang ke rumah mereka di klebang.

petang hingga malam tu berlalu dengan lancar..banyak berbual dan beristirahat selepas menempuh perjalanan yang agak mencabar..haha..


p/s:tak suka orang yang suka nilai orang lain dari luaran..kepada mamat yang bias tu..janganla macam tu sekali..awak tu bayar tiket untuk seorang je..jadi awak tak ada hak untuk seats yang lain..peace!

Monday, December 7, 2009

potong...

ASSALAMUALAIKUM..

apa yang potongnya?haha..adikku,aziq telah selamat dipotong.kasihan..sekarang ni terbaring saje..makan n minum pun kena pantang(bagus3..biar kurus sikit).anyway..aku dah ditugaskan untuk jage beliau..kakak yang baik kan..jagalah adikku itu..tak banyak ragam pun...kot..haha..

tiba-tiba rasa lapar..nak pergi kafe ibu malas la pulak.pergilah ke dapur..godek2 peti ais n kabinet dapur..ha..dapatlah idea nak buat white sauce sphagetti..tapi..takda sphagetti..macaroni ada la..errk..ha..selamba je la..

dengan mengikut resepi dalam  internet..aktiviti dimulakan..huhu..

kelatak..keletuk..kepampang..kecepur..ketupat..keputat..ketuat..

siaplah suda hidangan..rasanya???lu pikirla sendiri..yummy?yuks?








p/s:kpd sahabatku,mel..da cuba ke resipi tu?haha..
saya tetap anak melayu..