my lovely pies

Friday, December 17, 2010

melaka maju 2010

ASSALAMUALAIKUM..

tajuk mengucing zahid (sahabatku) yang asyik menekankan Melaka tempat lahir dan tinggalnya maju 2010, pada tahun 2010, 20 Oktober, jam 2010. :D

yeah..pada 14 dan 15 Disember, ke Melaka aku mencampakkan diri. campak habis..bas lah apalagi. kenapa tak drive cekodok?sebab..sebab..saja je.nak kembalikan memori zaman Matrik dulu. naik bas..bas..bas..

kebiasaannya..tiap kali cuti Sem, memang aku akan berjalan-jalan dengan classmates Matrik. tak kiralah berapa yang ada..belasah je. Sebelum ni lepak-lepak around KL je makanya kali ni cadang buat kat Melaka, tempat kami bertemu.(ye..I studied at Malacca matriculation college before).


ha..kau tengok..kau tengok..aku memang suka buat intro panjang-panjang..ok dah..kembali ke sri pentas.




Jam 8.30 pagi (14 disember 2010) aku paksa Afiq,adikku pecut motor dan hantar aku ke Putra Damai. 

gedek..gedek..tut..tut..gedek..gedek..gedek...gedek...tut...tut..

sampailah ke Stesen Bas Bukit jalil jam 9.30 pagi.tak tipu weh..perjalanan panjang gila seh. lagi-lagi dari Masjid Jamek ke Stesen Bukit Jalil naik Star. tiring. takpe2..demi pantai..sanggup kuredah.


aku pergi mana? buat apa? here's the details.

lokasi: Chalet Hjh Mahawa, Pengkalan Balak, dataran pahlawan dan sekitarnya, Melaka

apa yang menarik berlaku?
1. lepak2 chill tepi pantai

2.makan2 sambil tunggu poon,ameng dan siak sampai chalet dan juga fitri n blue bangun tido.

3.ambik2 gambar di tepian pantai

4.off to dataran Pahlawan lepas Maghrib di rumah zahid (weh..mak ayah ko sangat cool~).

5.jalan-jalan..makan-makan kat Subaidah sampai muncit perut dan kaki melecet

6.pulang ke chalet (perjalanan agak lama menaiki kereta), sang pemandu bercerita hantu sepanjang perjalanan dan sempat menunjukkan kawasan2 angker.fine.aku di tempat duduk belakang hanya mampu menekup mata dan telinga, tak mahu dengar dan lihat.

7.lepak2 chillax belakang chalet (ada kedai makan)  sambil menghirup bayu indah.

8. tidur..tidur..tidur.. (sejuk weh..sejuk gilak!)


15 Disember jam 11 pagi, check out dan pulang. short kan cuti2 aku?cukuplah tu. fun weh fun. :)


apa yang kamu orang tak tahu yang aku tahu?

1. sedang berjalan dari Star Bkt.Jalil ke Stesen bas Bkt. Jalil, macam biasa ah ulat-ulat tiket tu..tapi paling I cannot go..ada abang ulat tiket ni follow aku sambil nyanyi lagu Jaclyn Victor yang theme song Bersamamu tuh.motif?

2. sedang seronok berjalan di kawasan berdekatan Jonker walk, riang ria biskut raya..zapp..pergh!tangan aku terkena najis burung nan hijau dan cair.yuckz!tak suka..tak suka..

3. perut aku masuk angin weh. tu pasal makan asyik tak habes.nasib baik teman-teman jenis sudi habiskan. ;)

4. weh..poon..malam tu aku ta boleh tidur weh. kena ganggu kot.hua..dari pukul 3 pagi sampai 5 lebih (sebelum subuh) aku just tutup mata buat-buat tidur padahal tak tdiur pun.

5.pakai baju berlapis-lapis, siap main-main rebut selimut dengan eneez pun still menggigil kesejukan malam tu.

6. waktu balik, waktu nak ke LRT dari bas station Bukit jalil, kene tahan dengan minah  ni. aku lari dia kejar. suruh aku buakak sampul lepas tu dengan agak poyonya beliau buat-buat terkejut siap panggil kawan dia dan kata, 'wow..awak tengok..awak dapat hadiah hebat..bla..bla..bla..". akhirnya setelah aku membengangkan beliau..aku dilepaskan.



WALAU APA PUN..thanx sahabat2 atas segalanya..walaupun cukup-cukup aku dibahan. 24 jam dimarah..uhuk2..aku okeh saja.semoga bertemu lagi, insyaALLAH. sorry kalau aku ada buat salah ye.


mari lihat foto-foto. 

finally..after a year..dapatlah merasa coconut shake ni.lazat. thanx siak.








ni antaranye..nak yang lain2? check out FB..daa~

Monday, December 13, 2010

dulu aku benci kau

ASSALAMUALAIKUM...


pergh!tajuk kontrobesi habis. yeah..memang dulu aku tak suka kau. first time kita bertemu pada tahun 2008 lalu.

kau hadir buat pertama kalinya.



tapi..setelah sekian lama..rindu pula. oh..


bestnya..
 laksa Sarawak. lol.



seriously weh..dulu macam tak suka laksa ni sebab bau dia agak lain tapi bila my housemate dari Sarawak prepared for us kat umah sewa beberapa minggu lalu, nak makan lagi rasanya. so..ke dapur mari..  :)


pictures tell.


mula-mula sediakan garnishes.

isi ayam, telur dadar, cili potong, limau, taugeh. (sepatutnya ade ketumbar gak but i don like)



lepas tu sediakan kuah..






lepas tu suruh si kuat makan buat kerja..hidang!

motip betul budak ni pakai baju KRS sekolah.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


FINALLY...




bon appetite~


tears

ASSALAMUALAIKUM...

my tears are precious. yours are too.
I wont let yours roll down your cheek so please dont let mine roll down too.


I know what is devastation.
I know what is dissapointment.
I know what is sadness.
I need not to flip through pages seeking for their meanings.
I do believe u understand it too, literally, at least.


I am weak for not be able to let go the thought.
I am weak for keeping it all inside till it kills me slowly.
But, apparently, I am too sick inside that I could barely bear it.

please..no more tears.


Thursday, December 9, 2010

"eh...betullah apa aku cakap."

ASSALAMUALAIKUM..


Pagi ini aku sungguh bersemangat bangun pagi nak ke Titiwangsa untuk berjogging, namun hujan nan lebat memaksa aku duduk di rumah. Maka, let me treat all of you breakfast, nah..ambik entri ni. bayangkan ini nasi lemak panas tambah telur mata kobau. :)


 tercabar tak nafsu makan?lol


Pernah tak dengar frasa ni, betulkan yang biasa dan biasakan yang betul? yeah..itu topik kita hari ini. Anyway, as a  TESL student, who will be teaching English Language soon (not so soon actually), aku berasa terpanggil (wah..gitu!) untuk share beberapa perkara di sini. ok.First of all, biar aku hilangkan kerut kat dahi kamu semua sebab semua mesti fikir macam ni, "eh..kata nak ajar English..apahal entri campur-campur rojak pasembor bahasanya?". well..aku just nak sediakan suasana yang mesra pelajar. Dalam dunia blog ni, orang lebih suka pendekatan yang dekat dengan mereka kan? kalau kamu semua nak entry yang 100% English language, bolehlah try klik ni. dah lama tak update tu, next time I will.


Melalui apa yang aku belajar dalam kelas Second language Acquisition, kebanyakan kita rakyat Malaysia ni ialah English's second language learners. maknanya, kita belajar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. kebanyakannya. Like me, I'm a Malay. so, Bahasa Malaysia is my first language and English is learned as my second language. Makanya, kebanyakan kita akan ada tendency untuk belajar English ni di bawah pengaruh First Language (in my case, it is Bahasa Malaysia) mereka. Sebab tu ada perkara-perkara seperti direct translation.

contoh:

banana fruits two times untuk menggambarkan "pisang berbuah dua kali." LOL. 

okay. mari aku kongsikan beberapa perkataan atau ayat yang kita dah biasa guna dan kita rasa betul tapi sebenarnya tak. Semoga sama-samalah kita dapat manfaatkannya, insyaALLAH.Oka..aku dah klasifikasikan kepada 2 bahagian, pronunciation (sebutan) dan penggunaan ayat (words use). In Malaysia, pendidikan Bahasa Inggeris gunakan British English. kalau korang buka kamus English korang..sebutan yang dia tunjuk tu sebenarnya British English melainkan kalau dia tulis, its American's pronunciation.


 PRONUNCIATION

1. TOMB 
macam cerita yang korang suka tu, Tomb Raider yang Enjelina Joli berlakon tu. Tomb ni maksudnya macam makam or perkuburan.

biasa kita sebut: tom

sebutan yang betul: tum


2. PLUMBER
plumber ni maksudnya tukang paip tu ha..yang pernah sinki rosak ke, sure kenal.ala..korang pun kenal kan?

biasa kita sebut: plam-ber

sebutan betul: pla-mer ( 'e' dalam perkataan ni macam 'e' dalam sebutan 'belum' )


3. SWORD
ni maksudnya pedang, pedang betul, pedang mainan..yang waktu kecik2 dulu korang beli satu RM10 kat pasar malam pastu main cucuk2 dengan adik sampai kena lesing ngan mak korang.

biasa kita sebut: sword

sebutan betul: sod


4. EXAGGERATE
ni selalu kita guna kalau nak gambarkan keadaan yang macam hiperbola. contohnya, Abu (bukan nama sebenar) jatuh terjelepuk sikit je, tak luka pun tapi dia dok canag kat orang yang dia luka macam sangat parah..parah gilerrr..so..selalunya kita cakap, "exaggerate je si Abu tu."

biasa kita sebut: eg-ze-ge-reit

sebutan betul: ig-ze-je-reit (sebutan 'e' dalam 'ze' macam sebutan 'e' dalam 'tengok'.sebutan 'je' macam 'belum')


5. PRESENTATION

ni benda yang students macam kita sangat...sangat..sangat..suka. LOL.seronok kan berdiri depan kelas, n bentangkan on apa2 topik?

selalu kita sebut: pri-zen-te-syen 

sebutan betul: pre-zen-tei-syen ( 'e' dalam 'pre' macam sebut 'tengok'. 'e' dalam 'zen' dan 'syen' macam sebut 'belum')


WORDS USE

1. selalu kita sebut: thats mean

yang betul: that means

contoh ayat: Madam Aini is sick, that means her class tomorrow will be canceled.


2. selalu kita sebut: she/he dont know

yang betul: she/he doesn't know

contoh ayat: she doesn't know how to cook.


3. selalu kita sebut: it's hurt/its mean

yang betul: it hurts/it means 

contoh ayat:  dont beat me, it hurts. 

thanks for this present, it means a lot to me.

that's all for now. any inquiry, kindly leave them on my comment section or my shoutbox. peace!











Wednesday, December 8, 2010

bersyukur tak?

ASSALAMUALAIKUM

Hai u olls..okay..sounds so gedik. Hari ni masuk hari kedua aku kat rumah. Having my gala time sampai bulan Januari. It's sem break, yang agak pendek sebenarnya. Oh..sangat kurang best cuti kali ni sebab kewangan yang agak kering. U know what I mean? I know U know. okay.. the holiday is only in 3 weeks time, which means, I seriously wont be able to do my part time job, which again means that im broke during this holiday.is that really matter? the money?

Apart from the fact that Im a girl, who needs 'kewangan yang kukuh' for several things like..like..urm..like what eh? like what U like it to be the 'like', I also need 'em for these things:



1. my books for next sem's classes (which sangat2 senang untuk habis stok..so..kena dapatkan cepat)
2. reunion sana sini
3. jalan-jalan with besties + soping. (wajib..this is like an annual activity)
4. experiment kat dapur (attempt to be suri rumah yg berjaya)


takpe..takpe..tiada masalah tanpa jalan penyelesaian kan? jap..nak bank mana satu ek? haha.. (evil laugh!)

sebenarnya aku rasa macam dah lari tajuk ni..takpe..mari kejar kembali tajuk itu..

Bersyukur tak?

Aku tak tahulah bagi kalian semua tapi bagi aku, angan-angan waktu zaman hingusan aku dulu, banyak juga yang dah tercapai.

dulu.. waktu zaman sekolah, aku suka layan drama-drama remaja kat TV3, ada la drama-drama yang memaparkan kehidupan remaja kota. (pergh..ayat esei BM SPM 2007). aku ingat lagi, waktu tengok cerita Impian Illyana zaman dolu-dolu, aku tengok part Illyana tu dok main laptop/notebook atas katil, bawa pergi lepak kat kafe,I went like.. "wah..bestnya ada laptop, ada internet kat rumah..boleh keep in touch with friends, boleh lepak-lepak main laptop, bestnya." 


nah..sekarang..I own that. 

 tapi takdelah aku over eksaited gini.


dulu...aku pergi sekolah keluar subuh-subuh..kayuh dengan penuh gigih nak ke sekolah. pergh! akak baju biru (I was a prefect) naik basikal..kayuh laju-laju sambil kontrol ayu sebab kena lalu depan sekolah lelaki.LOL. sampai kena kejar anjing tu dah jadi aktiviti mingguan, rantai basikal tercabut depan High School (boys school) tu pun dah biasa. tengok pula ada students sekolah ada yang selamba badak air je pecut bawak skuter atau paling-paling pun motor Honda Cup ayah mereka, I went like " cool..bila la aku nak bawa motor?"


nah..sekarang I can ride a motorcycle and drive a car.

 btw..bangunan merah sebelah kanan tu Yik Mun restaurant. ;D


dulu...aku waktu sekolah rendah, English hancur. aku pun mula terpikir.. "apa aku nak jadi dah besar nanti? English teruk, subjek lain nyawa-nyawa ikan". msuk sekolah menengah, kawan-kawan majoriti chinese and indian, improved la jugak my English, alhamdulillah.subjek lain pun sedar dari koma. I went like, "apa aku akan jadi ek dah dewasa nanti?"


nah..sekarang ni aku da dapat masuk uni. alhamdulillah..kerjaya masa depan aku pun aku dah nampak jugak, insyaALLAH. tak sangka, English language yang aku cukup anti zaman sekolah dulu, akhirnya jadi major choice aku. :)

inilah antara benda yang aku rasa aku impikan dulu dan aku dah dapat. banyak lagi sebenarnya tapi.. tak guna gebang kat sini. simpan sajalah.


apa yang aku cuba sampaikan ialah, tak salah untuk mengimpikan sesuatu. after all, it drives us to the purpose of life. kalau kita nak sesuatu dan sampai sekarang belum dapat, jangan putus asa. walaupun, it takes time, insyaALLAH..akan dapat juga (janganlah nak impikan benda pelik2..ish2..).


so..kawan-kawan..mari kita bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang.. reminisce what u dreamed of when u were young, did u get 'em?



*maknanya, kalau aku impikan untuk bahagia satu hari nanti dengan seorang lelaki, itu tak salah, it's normal..tapi tak semestinya aku dapat sekarang kan.. :)* Allah knows best.