my lovely pies

Wednesday, December 22, 2010

he was born to be suwitttttttttt

ASSALAMUALAIKUM

pagi tadi aku agak marah. alkisahnya adik bongsuku, Aziq bertindak di luar kawalan. ye..I know, dia kecik lagi (aku rasa 11 tahun da cukup besar kot). dia minta something from me but I was so busy makanya tak layanlah dia. pergh..pandai dah tinggikan suara dan memberontak sampai aku pun naikkan suara juga dan dia terus blah keluar main dengan kawan-kawan. honestly, kat rumah, aku memang kakak yang suka meng'kakak'kan diri. masak untuk adik-adik, membebel kat adik-adik kalau leka tengok TV waktu azan etc and at times memang a bit garang. ok..sungguh garang. lagi-lagi ada dua orang adik lelaki yang kadangkala buatkan rumah ni macam dihuni 10 orang budak kecil. I wont tolerate indiscipline acts. apa tu?


lepas main bola, campak kasut bola

lepas makan, tinggalkan pinggan tak berbasuh

lepas solat, tak sidai sejadah kat ampaian

lepas guna alat2 menulis, biarkan meja bersepah



nak list out memang banyak. tapi bak kata ayah aku, simple je.

"kalau tak nak kemas, biarkan aja. nak kemas, jangan bising-bising"

atau secara mendalamnya (mengikut firasat kepala otak aku la kan), ia membawa maksud:
 
"kau tu kan kakak, layan ajalah. sekali sekala nak lepuk budak-budak tu ayah izinkan tapi lagi sekali..kau tu kakak, tanggungjawab tu jalankan dengan baik, nanti dah kahwin, anak-anak buat sepah, takkan nak membebel sampai suami stress and last2 pergi layan kopi limah janda sebab tak tahan dengar kau membebel".

LOL. agak ekstrem tafsiran aku.

anyway..lepas si Aziq tu buat aku marah, aku diam ajalah..pergi dapur dan siapkan lunch. 


lebih kurang jam 5 petang, aku dalam bilik. belek-belek majalah sambil blogwalking. tiba-tiba..




aziq: angah.. (sambil hulurkan tangan nak salam).
aku: (terkesima and was like: "apekah?" )
aziq: ajik nak mintak maap sebab cakap kasar tadi. (terus salam dengan aku dan kucup pipi aku)
aku: (tahan sebak) hurm..okay. next time jangan buat lagi. dah..pergi makan. ada lauk kat dapur tu.




tadi pukul 8 malam, aku teman parents aku nonton berita kat TV. duduklah aku sebelah aziq yang tembam itu sambil picit-picit lengan dia yang gebu itu (hobi weh..hobi). LOL




aku:aziq, apa yang membuatkan aziq mintak maap kat akak tadi?
aziq: (dengan tenang menjawab) oh, tadi lepas ajik marah angah, ajik pergi main kat rumah faris (kawan dia). ajik tengok faris cakap baik-baik dengan abang dia bila dia mintak barang.
aku: (tersenyum lebar, pipi gebunya aku kucup penuh kasih)



yeah..he was born to be sweet.




apart from that, I realize something over this simple situation. how an apology changes the world. so..kalau kalian ada marahkan orang atau buat orang marah, segeralah minta maaf dan memaafkan. after all, the word "sorry" wont cause you much. :)


I need a name for this

ASSALAMUALAIKUM

awal-awal pagi lagi lepas solat subuh ayah cakap, "angah, nasi tu ada banyak dalam periuk. nanti tengah hari buatlah nasi goreng." wohoo..suka..suka..suka.. ada alasan nak main masak-masak lagi: ayah suruh. ada jugalah aktiviti sementelah terlantar kat rumah ni. godek-godek peti ais. yeah. ada ayam. apa nak buat ye? ha..okeh.satu..dua..tiga..


I dont know what to name this tapi it is a combination of nasi goreng  pattaya + ayam sarjan misai +sambal cili api + papadom.

i wish I could decorate it even more nicely. it would be nice if guna pinggan putih plain.





mana nasinya?.
.
.
.
.
.
.






tada...








ayam sarjan misai? apakah? LOL. aku pun nak gelak baca balik nama ni.

sebenarnya ni resepi ayah. dulu zaman hingusan aku, ayah rajin buat ayam ni kalau ibu tak masak sebab tak sihat or sebab nak bagi chance ayah tunjuk heroic side of him. LOL. memang sedap weh. I'm saying this neither because he is my dad nor because I can make one. tapi memang sedap. one of my favourite dad's cook. sebab memang ayah tak pernah pun bagitau apa namanya, i name it ayam sarjan misai. mungkin juga sebab warna dia agak gelap..macam misai. okeh x?LOL

nak resepi?  silalah ke blog aku ini. 

I still need a name for these combination. ada idea tak? huhu.

hurm.Jumaat ni will be off to Johor, pulang ke kampung sebab ayah ada urusan dengan adik beradiknya. next week dah nak balik UPSI. hua.. tak ready nak start new sem weh. T_T result pun belum keluar.takuttttttttttt.

p/s: suggest a name please. :)

Tuesday, December 21, 2010

dessert satu.

ASSALAMUALAIKUM

aku rasa macam nak muntah. selesema ini memang memualkan. teringat yang aku ada beli bahan-bahan nak buat Nescafe Layered Pudding semalam. maka..ke dapurlah aku tadi. 





maaflah..tak seindah mana tapi rasanya tak sehodoh rupa. LOL cubalah.sangat mudah. aku suka sebab dia combination manis (bahagian putih) dan pahit-pahit manis (bahagian nescafe).


oh ye.. kalau nak cuba, ambiklah resepi kat blog aku yang lagi satu ni...


apa aku nak cerita hari ni ek? tak ada apa-apa yang menarik pun. lagi beberapa hari dah nak kembali ke uni dan oh tidak! lagi beberapa hari result nak keluar (ramai kata it will be released on 25th Dec). tawakal..I've done my very best dan sekarang hanya berdoa n bertawakal insyaALLAH..

Monday, December 20, 2010

hidung tersumbat memang tak cool

ASSALAMUALAIKUM...

masuk hari ni dah hampir 3 hari aku demam. semalam macam dah recovered tapi pagi ni kena balik. pergh! dahlah aku nak kena ke KLCC untuk ambik buku-buku yang aku dah reserved. sabo je lah. ingatkan nak drive ke KLCC..takyahlah..aku just parked my car at Damai LRT Station and then naik tren ke KLCC>2 stesen je pun. kalau aku drive, parking kat KLCC tu dahlah agak 'strangling blood'.LOL.



apakah perasaan anda naik tren yang super sejuk di pagi hari + masuk mall yang sesak dan hiruk pikuk + drive sewaktu hidung anda 'traffic jam', kepala pening dan rasa nak pass out? yeah..lu pikirlah sendiri. 




abang n kakak kaunter kat Kino pun sure tahan gelak bila aku tanya mereka pasal buku dengan suara yang sengau ala-ala Macy Gray. wohooo..dan memang aku tak sukalah kan nak lap-lap hujan kat hidung tu dalam tren. argh!



Sungguhlah tak menyeronokkan. Buktinya, lebih 3 kali aku sesat dari KLCC nak ke tempat beli tiket tren apakah? mula-mula jalan jauh..tengok2..ha?tempat parking kereta. lepas tu..patah balik..jalan..pergh..tempat tunggu bas dan teksi..patah balik..jalan dan jalan sambil kepala dah makin berdenyut.. ha..sampai pun.


dah dapat buku-buku yang aku nak. alhamdulillah. walaupun..agak berat nak hulur duit waktu bayar. LOL.joking. buku-buku ni will be used in my class next sem.


death of a salesman (arthur miller) : RM52.00
the secret garden (frances hodgson barnett): RM9.90
pygmalion (bernard shaw): RM23.23

wohoo..tak apa..beli buku kira macam investment. membaca itu kan ibadah. :)


lepas dah bayar semua buku tu, check wallet, eh..kenapa ada lagi RM100?oh ya..lupa. waktu pergi Melaka hari tu, ayah ada bagi duit. belum habis lagi guna. ha..baru teringat. kena beli facial wash dan adik beradiknya sebab aku punya sudah habis. rasanya kalau pergi JJ Wangsa Maju mesti murah..so..off to JJ.


yeah..di situ sahaja sudah burn RM90. murah weh dekat Watson and Guardian. 15% less. cepat2 pergi beli barang sana..



eh..lepas tu sempat lagi pergi supermarket beli ni. cita-cita nak buat pudding lapis nescafe petang tadi namun tertidur kepenatan dan kepeningan..esok je lah buat. :D

jelly strips and evaporated milk.


saya sudah broke. esok dan hari seterusnya..stay kat umah diam2..moga sembuh demam,insyaALLAH


Sunday, December 19, 2010

nak jadi sentimental sekejap boleh?

ASSALAMUALAIKUM

tu dia..demam-demam macam ni, memang tendency nak jadi sentimental sangat tinggi. tak kisahlah apa kalian mahu fikir dan rasa tapi yang aku tahu aku tiba-tiba rasa terharu dan sebak lepas tengok video zaman Matrik aku (2008-2009). sejujurnya, tempoh kami bersama sangat-sangat singkat. tak sampai setahun pun sebenarnya kami bersama dalam kelas F2T1 (ye..saya budak Fizik dulu), tapi alhamdulillah..persahabatan kami kekal rapat sampai sekarang dan harapnya sampai bila-bila, InsyaALLAH.


tujuan post kali ni ialah untuk aku perkenalkan sahabat-sahabat aku ni dan aku nak cerita serba sedikit tentang mereka (sangat gigih ye di situ). :)

kita mulakan dengan ketua kelas, penolong dan lain-lain (hello..this is randomly written ok.jangan pulak timbul isu macam-macam like.."kenapa nama dia dulu,aku ni unfavorable ke?"..lalala..no..no..kalian semua sama.. sama di hatiku. <3

apis a.k.a blue (ketua)

  •  sangat tenang tapi kuat buli aku especially part2 buat kerja kelas contohnya fotostat nota.
  • agak gentleman jugaklah ini orang. (jangan kembang)
  • aku tak pernah pulak tengok dia ni marah.pernah ke weh?
teha (penolong)


  • sangat lembut tapi kalau dah marah..pergh! (ye..aku dah pernah kena. LOL)
  • dulu diskendelkan dengan apis (biasalah tu..ketua pasangannya kan penolong)
  • suka gelak kalau aku buat lawak walaupun most of the times tak lawak.haha
ramdan 

  • misteri..jejaka ini penuh misteri.haha.tak lah..kadang-kadang beliau ni tak banyak cakap
  • diam-diam..pandai gak dia ni.
  • ha..agak puitis orangnya..kalau bercakap tu mesti ayat berbunga-bunga. cool .. :D
ameng 

  • dia ni sempat berada bersama kami seberapa ketika sebelum berpindah ke sebuah universiti tempatan
  • jenis cam comel2 kalau berjalan or bercakap (LOL..aku tak jumpa ayat yang lebih macho r weh)
  • dulu nampak macam senyap juga tapi sekarang..wah.ligat meronda Malaysia..DSLR photographer tuh)
amal 

  • pergh..ini mamat memang selalu bikin wa panas. kalau aku masuk kelas..pandang macam nak gaduh
  • tapi..aku tau dia ni baik (mal..muntah cepat)
  • pandai wo..walaupun dia kata dia tak suka study. poyo..poyo..LOL
tengku a.k.a poon 

  •  master prank orang..terutamanya aku. pergh. kuat benar prank aku dulu. ish3
  • pak lawak dalam kelas..kalau dia mula bercakap..terbahak-bahaklah kami sekelas
  • ni pun sama macam ameng..jejaka DSLR .huyyo..
fitri 

  • tak banyak cakap dalam kelas tapi kreatif orangnya
  • artistik weh. pandai melukis ini orang
  • sama macam apis. tenang nampak dari luar. LOL
syahril 

  • dia ni suka benar panggil aku gemuk.hua..ye..aku gemuk.
  • helpful. aku ingat lagi dulu pernah satu group utk assgment English, pastu aku ada buat masalah..dialah tolong.thanx weh
  • pendengar yang baik r. tapi most of the time, agak annoying dan senget. LOL
sufi
  • orang yang paling dihormati dalam kelas sebab beliau genius. result gempak. ahli surau lagi.
  • bercakap bila perlu sahaja dalam kelas
  • tapi..as usual..tetap kena bahan dengan aku kadang-kadang. sori weh.LOL
ajim 

  • mamat yang kadang-kadang menonjolkan kemachoannya. haha..macho habis
  • weh..aku b geng2 gurls selalu panggil ko (tanpa ko sedar) dengan nama "ke bintang". 
  • bakal che'gu juga beliau ni.oh ye..suka main BADMINTON. (motif caps lock? lu pikirlah sendiri.) haha..
adib
  • nampak macam baik-baik...sebenarnya..haha..boleh tahan senget  jugak
  • selalu cakap diri dia malas tapi result gempak dari aku.apa kes?
  • suka makan KFC. tak habis-habis KFC.haha
acap 

  • si popular. siapa je kat KMM yang tak kenal beliau. :)
  • baik orangnya sebab dia selalu kata aku baik. haha..pujian balas weh.
  • sempoi.. macam asam boi. eh?apa kaitan?
zahid a.k.a siak

  • dia ni kuat mengucing orang.(kata sopan bagi meng'dog') LOL
  • sampai sekarang masih kelihatan awet muda. apa rasia? kokonat shek kah?
  • seorang yang sangat bersungguh2..bercakap ke, buat something yang dia nak ke..mmg bersungguh (teringat waktu ko explain kat aku tempat2 kat Melaka Maju tu).haha
zahid a.k.a taiko 

  • orangnya tak seganas nama. kadang-kadang macam abang (ye..dia memang abang dari aku sbb dia program dua tahun.)
  • selalu cakap macam ni kalau aku cakap or buat something, "hebatlah kau". apakah?LOL
  • pun suka membantu. selalu kalau kami sama group assgment, dia akan tawar diri bagi fotodtat or print free. ramai kawan bisnes itu katanya. mekaseh weh. save duit elaun aku dulu. haha
syafiq 
  • ha..ni lagi sorang yang suka mengucing aku especially bila Mr. Chai suruh aku bacakan soalan dalam kelas Chem. suka benor mengajuk cara aku baca (soalan-soalan in English)
  • bercita-cita menjadi seorang hero.haha.. kau dah emmang ada ciri2 lelaki gagah pun weh. UPNM katekan. 
  • aku memang tak boleh tahan gelak kalau dia dah start speaking guna dialek negeri dia. exaggerate kadang2. LOL
tikah  

  • si bijak. selalu menjadi tempat aku merujuk.rujuk je kan?ke pernah tiru? haha..
  • kadang-kadang serius. but lovely most of the times. ;)
  • sempoi..semua sempoi tapi study gempak!

ash

  • kecik-kecik cili api. jangan cari pasal dengan beliau kalau tak nak kena fire.LOL
  • suka bagi nasihat.selalu nasihatkan aku yang kadang-kadang lurus ni. sampai menangis aku dengar. :)
  • rajin study wo. si bijak.

eneez

  • si chantek hot. woot2..
  • lembut je orangnye.. tak pernah tengok dia marah.pernah ke weh?
  • suka pink. pink pink pink dan pink lagi.

dayah 

  • budak lompat yang tinggi dan hot
  • suka gaya selamba badak dia. jarang berjauhan dengan hp pink dia
  • ketua legasi sparkling xoxo. LOL
kak aween
  • first impression aku: "chanteknye.."
  • beliau nampak ayu tapi rock gak sebenarnya. LOL
  • selalu layan kerenah aku..baik kan? :)

kak dayah 
  •  peminat setia Rain, dulu kini dan selamanya.
  • berdarah kacukan Jepun tapi katanya kalau nak berbahasa Jepun.. "skochi-skochi" (sikit-sikit)
  • melayan juga kerenahku..i loikeeeeeeeee....

reha
  • sempat bersama kejap je sebelum beliau berpindah
  • gemar panggil aku fafa
  • si comel yang pandai bergaya
sapura
  • ni lagi sorang si pandai. kuat study gak weh
  • kalau buat something, memang betul2..jangan buang masa ialah motonya. :)
  • kadang-kadang gila-gila gak.bukan gila ye.

elya 


  • mek ganu yang come gitu
  • hobinya dalam kuliah ialah cubit aku bila ngantuk.LOL
  • suke sangat gelak. gelak tutup mulut.sopan gituww...hhaha
    siew kheng 

    • sweet girl. 
    • selalu bantu kalau aku tak paham dan tak pernah marah kalau aku tanya banyak-banyak kali.LOL
    • pandai.si pandai ni.bijak2. :)
    Goh 

    • kami dulu selalu ke kelas sama-samasebab suka masuk kelas awal dan nyanyi sama-sama. baru korang tahu kan?
    • sempoi sahaja orangnya. gila-gila jugak
    • pandainyanyi lagu melayu wo. lagu Zainal Abidin yang Hijau tu antaranya. :)

      seriously..kalian terbaik. walaupun kita jauh terpisah..segala memori akan sentiasa ada dalam ingatanku. <3