my lovely pies

Wednesday, August 17, 2011

Dosa Semalam

ASSALAMUALAIKUM...




Menghitung hari
Detik demi detik
Masa kunanti apakan ada
Jalan cerita kisah yang panjang
Menghitung hari






Ya, aku di sini. Menghitung hari. detik demi detik berlalu, jarang sekali aku cuba duduk dan renung. Masih adakah jaminan bahawa esok itu pasti. Masih adakah yakin bahawa esok derap jantungku masih bisa kedengaran.


masa kunanti apakan ada? acapkali kata taubat itu aku ucapkan. Namun benarkah hati mengiya? acapkali kurasa ibadahku sempurna. Namun kekalkah ia? bodoh sombongnya diri.






kau tahu tak kau tak sempurna? syukurlah kau masih bernyawa. bukan tiket untuk hanya mengecap bahagia dunia yang ratanya membumi lagha. syukurlah Dia kasihi kau sepenuhnya, memberi ruang untuk kau menyuci dosa semalam.




Subhanallah, Indahnya Ramadhan. Terima Kasih Ya Allah.


Aku pohon padaMu, tetapkanlah insaf ini.



image: Google



SALAM NUZUL QUR'AN.  :')

1 comment:

Miss SheiLa said...

salam nuzul quran babe~