my lovely pies

Saturday, November 27, 2010

banana and choco chip roll with vanilla ice cream. SWEET!

ASSALAMUALAIKUM

saya rasa sangat sweet. yeah..dessert time. kredit to my lovely cousin, Jiha for sharing the recipe. cubalah..sangat simple yet yummy..


anyway..resepi asal guna pisang.. but again..biasalah. aku kan saintis tak berilmiah..cuba buat satu lagi version. try guna green apple. huhu..sedap juga..:)

bahan-bahan


1. kulit popia (beli je kat supermarket)
2.pisang/epal hijau/epal merah/apa-apa buah yang tak terlalu berjus like tembikai
3. choco chip/dark choco bar
4.putih telur(sebiji)
5.marjerin(optional)

cara-cara membuatnye

1. bentangkan kulit popia dan sapukan sikit marjerin pada tempat yang nak disusun buah.. tambahkan choco chip. jangan banyak sangat nanti manis sangat..macam ni.

 ni kalau guna pisang
ni kalau guna apple

2. lipat macam nak buat popiah..bucu hujung nanti sapukan sikit putih telur supaya melekat.


 buat banyak sebab nak jamu ramai orang. :)


3. and then..gorengkan...

 CAUTION: kulit popia segera memang cepat masak..so..sekejap sangat masa diambil untuk garing..jangan sampai hangit ye. :)

siap!!!!!!!!!



potongkan dua..and sajikan dengan ice cream vanilla :)

the choco melts!





 BON APPETITE..:)






i'ts exam fever.

ASSALAMUALAIKUM..

setelah sekian lama blog ini tidak diupdate. (thanx ayu for the wake up call.."epa..bile ko nak update blog?").. yeah bebeh.. im here now,  updating.. :)

I still have 3 papers to go and yeah..3 papers answered. how was the answered papers? yeah... jawab semua..tapi tak taulah betul ke x. lol. as usual if orang tanya aku, "boleh jawab x exam tadi?". "boleh. jawab semua..tak taulah betul ke tidak". konpiden itu penting walaupun sah2 ada yang goreng2.

anyway, sepanjang minggu exam ni, macam2 aku sakit. first day exam, perut masuk angin..sebab..sebab..hehe. makan kurang rasenye..eh..x lah..mana ada kurang..macam banyak je...tak tahulah apa sebabnye. memang agak teruk jugalah aku kena..sampai loya-loya. hari kedua exam pulak sakit kepala yang teruk sampai menangis2 dalam selimut. (malu seh kalau kawan2 nampak.I kan pemalu.). hari ketiga? biasa2 saja..makin stabil.alhamdulillah. 

3 more papers to go effa. strive the best. steer your feet to success. lepas tu....CUTIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII.

alhamdulillah...malam semalam ibu, ayah, aziq, along n 2 orang auntieku selamat sampai Malaysia selepas 5 hari kat Bandung..attending along's convo. alhamdulillah..6 years of pain n gain had finally halted. congrats sis. I'm proud of u. u were n will always be my inspiration.

oh..sweetnye mereka..yeah,.they deserve this moment. :)


ye..sy jeles sebab tak pegi.arghhhhhh

alhamdulillah..selepas ini ibu n ayah mungkin boleh rehat lebih sikit sebab anak sulungnya itu dah start kerja. hehe... masa untuk pow duit dia pulak. boleh r along...bolehla.. 

oklah..mahu nap. c ya later....

Saturday, November 6, 2010

surat cinta untuk awak

 ASSALAMUALAIKUM

pagi ni aku bangun tiba-tiba rasa sayu. ilham datang untuk menulis. kalau sudi, bacalah. 


ke hadapan kekasihku yang amat kucintai,

Hampir sebulan kita tak bertemu,
rindu rasa di hatiku,
tiap waktu kerenung, kuimbas kembali saat bersamamu,
indahnya di kala itu.


awak,
saya rindu sangat pada awak,
saya rindu untuk berbual dengan awak di dalam telefon,
manja suara awak,
buat saya tersenyum sentiasa,
rengekan awak,
buat saya terbuai-buai seketika.

awak,
saya rindu nak dating dengan awak,
rindu nak berpegangan tangan dengan awak,
lembutnya tangan awak,
umpama kapas.
saya rindu nak belai rambut awak,
harum benar,
ikal mayang mengurai.

awak,
saya rindu nak call awak sebelum tidur,
bila awak kata,
"goodnight baby, love u so much..mmuahx",
aduh!
macam-macam saya bayangkan waktu tu,
nakalnya saya, rindulah kat awak.

awak,
saya rindu untuk berdua-duaan dengan awak,
naik moto berdua dengan awak,
ke taman berdua dengan awak,
tengok wayang dengan awak,
saya rasa
dunia ini milik kita berdua saja waktu itu,
rindu sangat dengan awak.

tapi..tapi kan awak..

itu semua dulu,
sebelum saya terpisah dari awak,
awak menangis,
awak sayu,
hampir rebah awak di tepi jalan itu.

dunia kita sudah berbeza,
dunia saya sekarang lain dari dunia awak,
setiap hari awak menangis rindukan saya,
setiap hari saya menangis diseksa,
saya menyesal awak,
namun tiada gunanya.

saya teringat kembali
apa yang saya rindukan
waktu saya masih di dunia awak,
oh ternyata,
rindu itu penuh perangkap,
saya biarkan nafsu membina rindu itu,
rindu itu penuh dosa,
saya biarkan iman goyah merentap rasa itu.

bila saya di dunia yang saya berada sekarang,
baru saya sedar apa yang saya rindu.


awak,
saya rindu sangat pada awak,
saya rindu untuk berbual dengan awak di dalam telefon,
manja suara awak,
buat saya tersenyum sentiasa,
rengekan awak,
buat saya terbuai-buai seketika.

BUKAN! 

saya rindu pada Tuhan,
saya rindu untuk membaca kata-kataNYA,
di dalam kitab itu,
sungguh menenangkan,
sungguh menginsafkan.

awak,
saya rindu nak dating dengan awak,
rindu nak berpegangan tangan dengan awak,
lembutnya tangan awak,
umpama kapas.
saya rindu nak belai rambut awak,
harum benar,
ikal mayang mengurai.

BUKAN! 

saya rindu masa-masa kita dating dulu,
sebab,
masa itu mungkin saya boleh gunakan untuk
perbetulkan diri kita,
tangan saya yang memegang awak itu,
mungkin mampu saya sembunyikan,
rambut awak yang cantik itu,
mungkin mampu saya hadiahkan hijab menawan,

awak,
saya rindu nak call awak sebelum tidur,
bila awak kata,
"goodnight baby, love u so much..mmuahx",
aduh!
macam-macam saya bayangkan waktu tu,
nakalnya saya, rindulah kat awak.

BUKAN!

saya rindukan beberapa minit sebelum tidur,
membaca ayat-ayatNYA,
menyingkap kembali dosa seharian yang telah dilaksana,
mengucap kalimah syahadah,
andai terlelap selamanya.

awak,
saya rindu untuk berdua-duaan dengan awak,
naik moto berdua dengan awak,
ke taman berdua dengan awak,
tengok wayang dengan awak,
saya rasa
dunia ini milik kita berdua saja waktu itu,
rindu sangat dengan awak.

BUKAN!

Subhanallah!

ini yang paling saya rindukan.
saya rindu untuk berdua denganNYA,
di atas hamparan sejadah,
dunia saya hanya Dia,
akhirat saya hanya DIA,
saya rindu untuk merendah diri menghadapNYA,
bukannya lama,
5 waktu sehari saja,
rindunya..
rindunya..


NAMUN,
telah terlambat semuanya,
diri ini sudah berlainan dunia,
awak masih di sana,
sempat berubah cita,
sempat berubah jiwa,
sempat lagi awak.
jangan lagi ada saya yang kedua,

SELAMAT TINGGAL SELAMANYA.

yang benar,
kekasihmu di dunia

Tanah Perkuburan Islam,
Jalan 2, lorong Raja Abdul,


*hanya sebagai renungan,aku jua tak sempurna*- effa

sedap dan sihat

ASSALAMUALAIKUM

wohoo.tajuk entri ala-ala promote produk kecantikan gitu. tett... ini bukan blog bisnes cuma saja nak berkongsi satu lagi resepi. ye..aku ni memang suka merepek. walaupun resepi ni mungkin akan membuatkan korang berfikir 80 kali sebelah pagi dan 20 kali sebelah petang sebelum mencuba, percayalah, worth trying. ;) anyway, ini menu yang korang boleh cuba untuk sarapan mahupun brunch (breakfast + lunch). sebenarnya buat benda ni sebab ada baki baked beans dalam peti. hehe. tak baik membajir (kata orang jawa), so gunalah sebaiknya.

mashed egg with baked beans + oatmeal with diced green apple.

pergh. nama tak boleh nak exclusive lagi la ek?hehe. sekali sekala.

senang je nak buat.

mashed egg with baked beans

bahan-bahan:

1. baked bean (dalam tin)
2. bawang merah sebiji (potong dadu halus)
3.bawang putih 2 ulas (potong dadu halus)
4.cili api (if nak pedas la)
5.parsley/oregano kering (optional)
6.telur 2 biji (rebus ye)
7. halia (sikit saja untuk bagi wangi sikit)
8.penambah perasaan (white pepper/black pepper/garam)


cara-cara:

1. tumiskan bawang merah, bawang putih, halia n cili.
 2. masukkan baked beans dan sosnya.masak hingga mendidih



3. hancurkan telur rebus sehancur-hancur yang boleh (penggunaan emosi agak membantu dlm proses ini)


4. masukkan telur hancur dalam baked beans yang dah dimasak tadi)


5.tambahkan garam, black pepper, white pepper
6.if terlalu pekat, tambah air sikit (jangan risau, nanti dia akan pekat kembali)
7.sedia disantap dengan roti







oatmeal with diced green apple.

yang ni takyah beritahu pun korang tahu buat. takpelah.saja  je nak juga beritahu.

buat oat macam biasa. ala..macam bancuh nestum tu. lepas tu letakkan buah epal hijau yang dah dipotong dadu. boleh ja kalau nak pakai buah lain. nangka ke, durian ke, cempedak ke, petai ke. janji jangan sampai kena masuk spital.


jemput makan. :) selamat berbreakfast.


Friday, November 5, 2010

TIPS ULANGKAJI PALING BERKESAN.

ASSALAMUALAIKUM

Dengan mengabaikan tajuk entri ini yang agak skema, mari aku kongsikan tips-tips ulangkaji yang berkesan. nak ikut? tak nak? takpe-takpe. tiada unsur diktator di sini. demokrasi.yeah..demokrasi. PILIHAN DI TANGAN ANDA. 

SEBELUM TU..


kenapa tiba-tiba cakap pasal ulangkaji?

ceh. sudah gaharu, cendana pula. sudah tauhu, tempe pula. ish3.tamak.tamak.

sekarang ini musim final exam. untuk pengetahuan anda, exam saya bakal bermula pada 23 NOV sehinga 4 DEC. indah kan tarikh tersebut? dugaan.dugaan.

sekarang ni aku sedang menikmati (menikmati la sangat, kau tahu tak epa, yang kau kene study skrg ni?ha?!) cuti. study leave+ cuti khas+cuti raya haji= 3 MINGGU! yeah..betul. 3 minggu. oleh itu, bila cuti panjang, gedik semacam la kan. oh..epa, kau fikir cuti panjang, kau boleh la nak rileks2 kan? study sikit, mengantuk. buka buku ni, bosan. tukar buku ni, bosan. haish. nak kena betul.

okay. cukuplah dengan sesi memaki hamun diri sendiri. lets get back to business.

anyway, tak ada pun tipsnya. sebenarnya nak minta tips dari kalian semua. uhuk2. T_T

ini apa yang aku buat. serius. tak tipu.

1. shut down my lappy.
2. duduk atas kerusi (pastilah atas kerusi, takkan atas meja)
3. baca doa, tarik nafas, start baca buku
4. wohoo..mood study dah masuk.

tett..tett..tett...

ada suara...ada suara.. "cuti panjang lagi..cuti panjang lagi..baca awal-awal nanti lupa..cuti panjang lagi"

beberapa minit kemudian

..


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

FB! haha.. ok. Facebook, oh Facebook. oh blog. blog.



moral of the story: duduklah dalam hutan. sure kau study.

p/s:semoga selepas membaca entri ini, kalian bolehlah sumbangkan sebakul dua motivasi untuk diri ini. :)


Wednesday, November 3, 2010

aku yang huru hara


ASSALAMUALAIKUM

AMARAN: ini kisah benar. tiada apa yang lebih benar melainkan kebenaran yang benar dibenarkan oleh yang benar dan benar-benar kebenaran yang dibenarkan benar. 

sudah!cukuplah dengan intro yang poyo itu. kisah ini berlaku beberapa hari yang lalu. eh.jap?ye ke beberapa hari yang lalu?ha..betullah. 28 Oktober 2010. (perlu ke boldkan tarikh tu? macam peristiwa berdarah pulak.)

I drove to KTM Tg. Malim to send my lovely friend, Fie who wanted to head to Kajang, spending her 3 weeks break with her family. Together with me were the other members, Elly, Nina, Jos and Zaf. Usually, kalau nak balik ke rumah sewa kami dari KTM tu, aku akan guna jalan yang biasa. I mean, jalan yang biasa orang lalu.it's not that jalan yang aku guna waktu tu tak biasa. still biasa, tiada apa yang luar biasa seperti contoh, jalan itu dilingkari batuan-batuan permata mahupun jalan itu membuatkan keretaku terapung. biasa..masih biasa. argh! fokus..fokus..apa aku nak cerita tadi? ha.. kira agak gedikla kan pada hari tersebut, sebab aku ikut jalan lain. shortcut to rumah. tiba-tiba...

keluar je dari pagar stesen KTM, road block.haha. terbaik kan?




sila cuak..sila cuak.. (background music: Mario punya game bila dia kena serang dengan kura-kura)

masing-masing dalam kereta tiba-tiba senyap. bunyi kentut semut pun boleh dengar. tak bohong. tett. bohong sikit je.

jap.nak tau tak?aku sebenarnya agak kompius waktu tu. aku tengok encik polis tu macam kibar-kibarkan bendera merah which signaled stop. tapi aku tak tau kenapa aku macam nak terus je drive tanpa perlu berhenti. adakah kerana

A.aku cuak?
B.aku rasa diri aku cool?
C.jawapan tiada di atas

ya..betul !jawapan anda betul. apa dia jawapannya? ha..itulah jawapannya.

aku berhentilah. tolonglah paham. aku budak baik. takdenye langgar peraturan jalan raya ni.hehe
Abang George..I mean, encik polis sorang tu nama dia George (seperti yang member aku nampak from the name tag he wore), dia kata padaku,

"lajunya bawak", guraunya sambil tersenyum. senyuman beliau membuatkan sahabatku dari Sarawak, Jos asyik menyebut namanya sehinggalah kami sampai di rumah. (exaggerate tak?).adakah ini yang dinamakan cinta? tanya Jos di dalam hati. yes!mungkin. Jos, next time lalu situ lagi ye, kali ni kalau dia tak suruh berhenti pun, I tolong berhentikan untuk u.haha..

ok. encik polis itu berlalu meninggalkan kami dengan seorang lagi encik polis. wah.kali ini betul-betul cuak. sarjan misai. (tho he reminisced me about my ayah.kembar mungkin?). berikut ialah hasil siasatan yang dilakukan.
nama suspek dirahsiakan bagi mengelakkan malu seumur hidup.

Encik polis:  mintak lesen
suspek : (dengan penuh konfiden ala-ala pemenang Grammy Award menyerahkan lesen), nah encik
Encik polis: (merenung, membelek, menatap, mengstare lesen itu) dengan lesen ni, boleh ke bawa penumpang?
suspek:eh..kenapa tak boleh? (suara konon-konon berani tapi sebenarnya cuak makaleleh)
Encik polis: saya tanya ni, dengan lesen awak ni, boleh ke bawak penumpang?
suspek:bolehla encik.kenapa pula tak boleh?
Encik polis: (menghulurkan lesen itu kepada suspek yang sedang tertekan kerana diasak soalan yang pelik itu)

TERDIAM!SERIOUSLY..AKU TERDIAM.


nasib baiklah kulitku tak putih gebu, kalau tak memang nampak betapa blushingnya aku.apakah yang berlaku? mengapa?kenapa?bagaimana?


.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

yeeha! aku TERbagi beliau lesen L.



dah.sila imagine sendiri apa yang aku rasa lepas tu.

moral of the story: jangan drive kereta. naik basikal je.


p/s:bagi yang rasa cerita ni tak lawak, baguslah. ini memang bukan jenaka. ini kes benar dari fail polis. ok. nak sorok bawah sinki jap.malu.








Tuesday, November 2, 2010

mungkin kau tak sedar.


ASSALAMUALAIKUM

ini  merupakan cerpen pertama nukilanku pada Bulan November 2010. hanya sebagai peringatan buat kita semua juga diri ini betap kasih ibu dan ayah tak hanya bergantung pada ucapan.




“eeee..geramnya aku. Semua benda nak buat, tak boleh. Semua tempat nak pergi, tak boleh.”, bentak Milah marah.

Marah betul Milah pagi itu. Mana tidaknya, kali ini saja, sudah hampir 5 kali permintaannya ditolak oleh ibu dan ayahnya. Biasalah, anak remaja sepertinya pasti mahu berjalan-jalan, lepak-lepak bersama-sama sahabat. Takkan mahu teperuk di rumah ibarat katak di bawah tempurung, katanya. Acapkali permintaannya tidak dituruti. Pabila dia mahukan sesuatu, “penting sangat ke?bukan ayah tak mahu bagi, tapi ayah belum dapat gaji. Nanti-nantilah ye”. Pabila dia mahu ke sesuatu tempat, “tak perlulah ye. Duduklah di rumah. ibu dan ayah tak sukalah tengok Milah keluar bebas sangat ni.”. Langsung tiada kebebasan yang dirasai. Dia lemas. Dia serabut.

“sabarlah Milah.rileks..rileks…”, pujuk Jijah, sahabat karibnya.

“macam manalah aku nak rileks. Selalu sangat dah macam ni. Aku bukannya budak kecik lagi, ish. Tolonglah faham yang aku ni dah 20 tahun. Tahulah aku nak jaga diri. Orang lain tu pun ade gak mak ayah tapi tak ada pun aku dengar hidup diaorang kena kongkong macam aku ni. Huh!”, getusnya lagi.

“Milah, dahlah tu. Tak baiklah kau cakap macam tu, " pujuk Jijah lagi sebelum mereka berdua berjalan ke kedai runcit berhampiran.

Milah gadis yang cukup bertuah. Menjadi anak perempuan tunggal di dalam keluarganya, dia dimanja dan cukup disayangi oleh ibu dan ayah serta adik beradiknya. Pada umur yang muda, hampir kesemua benda telah dimilikinya. Tidak pernah langsung dia tidak cukup makan mahupun pakaian. Milah juga cukup bertuah kerana dikurniakan sahabat-sahabat yang baik yang sentiasa menasihatinya namun kadangkala Milah terlalu ego sehingga dia merasakan segala nasihat yang diberikan hanyalah sebagai bukti kelemahan dirinya.
 _______________________________________________________________________________________


“abang, sakit kepala tu dah kurang?” sapa lembut si ibu.

Ayah angguk kepala sambil tersenyum.  Ayah masih kuat. Walaupun umurnya sudah hampir 55 tahun, dia masih gagah. Rambutnya yang makin hari makin dipenuhi dengan uban itu  tidak langsung menjadi alasan untuk dia tidak bekerja keras demi keluarga tercinta. Ibu tidak bekerja. Dia mengusahakan perniagaan makanan secara kecil-kecilan. Kedengarannya, sesuatu yang menguntungkan. Namun hakikatnya, dengan tenaga yang sudah tak seberapa itu, dengan terpaksa menanggung penyakit seperti darah tinggi dan sedikit gangguan pada paru-parunya, menidakkan pendapat orang bahawa mereka yang terlibat dengan perniagaan sebegitu pasti mendapat untung yang banyak. Pun begitu, ibu cukup bahagia. Hidup bersama suami tercinta yang dikahwininya hampir 25 tahun dahulu, mereka dikurniakan 4 orang cahaya mata. Farid, yang sulung sedang menuntut di sebuah universiti di luar negara dalam bidang Farmasi, manakala Milah pula anak kedua yang masih lagi menuntut di universiti tempatan dalam bidang yang diminatinya, Perakaunan. 2 orang lagi anak mereka ialah si kembar, Amir dan Aizat yang masih bersekolah. Dengan pendapatan yang tidak menentu ditambah dengan kesihatan ibu yang turun naik tak menentu, kadangkala masalah kewangan turut timbul. namun, tak pernah sekalipun ia dinyatakan pada anak-anak. kasihnya mereka.

Biasiswa yang diterima oleh abang kadangkala tidak mencukupi bagi menampung kos kehidupannya yang tinggi di sana. Abang kadangkala berniaga kecil-kecilan bersama-sama teman-teman kuliahnya apabila universiti mengadakan sambutan-sambutan khas seperti Hari Terbuka, Minggu Malaysia dan sebagainya. Namun, kebiasaannya ibu dan ayah pasti akan mengirimkan wang sekurang-kurangnya RM1000 sebulan bagi menampung pembelajaran abang. Bagi Milah pula, dia tidak memerlukan wang perbelanjaan yang banyak kerana yuran pembelajarannya tidaklah semahal abangnya.

______________________________________________________________________________________________

suatu pagi..

"Ayah, Milah nak keluar dengan kawan-kawan tengah hari ni ye. bolehlah yah, bolehlah. Milah janji, sebelum malam Milah balik." pinta Milah manja.

"tak perlulah keluar ye Milah. Ibu tu pun tak berapa sihat. Ayah ada tugasan luar lepas ni. duduk di rumah je la ye," balas ayah.

kali ini, Milah tak mampu lagi bersabar. Darah mudanya mula membuak-buak, meminta dia untuk luahkan sahaja apa yang terbuku di dalam kalbu yang selama ini dipendam erat dan hanya diluahkan pada Jijah, sahabat karibnya.

"ayah ni, selalu macam ni. apa yang Milah nak buat, semua tak boleh. kalau Abang Farid tu, semua dia dapat. abang tu dah besar panjang, tapi ibu dan ayah selalu je bagi duit banyak-banyak kat dia. Milah ni, Milah tak mintak pun duit ke ape dari ibu dan ayah. Milah just mintak izin nak keluar dengan kawan-kawn. itupun tak boleh. eee...Milah tak pahamlah!", bentak Milah dengan nada yang cukup tinggi, berlari ke biliknya dan menghempas pintu sekuat hati.

Ayah mengurut-urut dadanya. Tanpa disedari, air mata si ayah tumpah.

beberapa jam kemudian, Milah masih lagi tidak keluar dari biliknya.

"Milah, mari makan, nak. semua dah ada kat meja tu. Tunggu Milah je ni. ibu ada masakkan makanan kegemaran Milah, asam pedas ikan pari. Marilah", pujuk ibu lembut.

"ayah, laparlah. jomlah makan, " rengek si kecil, Aizat.

"kejap ye. Tunggu Kak Milah", balas ayah lembut.

"abang, tak apalah. marilah kita makan. masih marah agaknya tu,"  ibu kembali ke meja makan tanpa Milah. sayu si ayah.

Milah di dalam bilik menangisi nasibnya yang acapkali dikongkong tanpa dia sedari ibu dan ayahnya juga menangis di dalam hati melihat keadaan dirinya.

empat hari telah berlalu selepas kejadian itu, sudah tiba masanya untuk Milah pulang ke universiti kerana cuti semester telahpun tamat.

"ibu, ayah, Milah balik dulu ya. jaga diri tau," ucap Milah.

"Milah, ambil ni, guna sebaik-baiknya ya. Kalau tak cukup lagi, beritahu ayah," ayah hulurkan not RM200 sambil mengusap lembut kepala Milah.

"terima kasih!", ucap Milah kegirangan lalu memeluk erat ibu dan ayah serta si kembar, Amir dan Aizat. bahagia sungguh dirasakan.

______________________________________________________________________________________________

Sudah menjadi rutin ayah untuk bangun seawal 3 pagi untuk membantu ibu menyiapkan hidangan-hidangan sarapan pagi untuk dijual di 'gerai pacak' berhampiran rumah. ayah kebiasaannya akan bangun untuk menggoreng telur sebanyak 20 hingga 30 biji sebelum menanak nasi lemak. selepas itu barulah ayah akan kejutkan ibu pula untuk menyiapkan barang-barang lain. Ayah kemudian akan berehat sebentar sementara menunggu waktu Subuh. Ayah akan membantu ibu membawa barangan-barangan tersebut ke gerai dalam perjalanannya ke surau untuk solat Subuh berjemaah sebelum pulang ke rumah memastikan Amir dan Aizat sudah bersedia ke sekolah. Itulah rutin ibu dan ayah setiap hari.

Hati ayah cukup tersentuh tatkala melihat susuk tubuh isterinya yang semakin hari semakin mengecil kerana dirinya tidak terlalu sihat. Namun dia mengerti yang dia tak mampu menghalang isteri yang dikasihinya itu daripada berhenti dari berniaga kerana itulah mintanya dan isterinya itu masih mahu meneruskan perniagaan bagi membantunya. Mulia sungguh hati si isteri, Lafaz sehidup semati, susah senang bersama diharungi yang diucapkan semasa akad nikah mereka 25 tahun yang lalu masih dipegang hingga kini.

Suatu pagi...

"aduh, lif tak berfungsi. macam mana ya?" ayah gusar.

"tak mengapalah bang, abang angkat sedikit dan yang lain-lain biarkan saya, Amir dan Aizat yang bawa turun.", cadang ibu tenang.

"eh..jangan kejutkan si kembar tu. Penat mereka malam tadi pulang dari kelas tambahan lambat. Biar abang bawa semua. Awak bawa saja bakul tu," jari telunjuk ayah menunujukkan ke arah sebuah bakul sederhana besar dipenuhi barang-barang berniaga.

kedudukan rumah mereka di tingkat 8 rumah pangsa itu sememangnya menyukarkan ayah untuk membawa barang-barang berniaga itu turun apabila lif tidak berfungsi. Tambahan pula barangan tersebut sememangnya berat dan memerlukan ayah untuk turun dan naik tangga sebanyak 2 kali. Namun digagahkan juga walaupun beberapa kali ayah hampir terjatuh kerana kakinya menggigil menampung berat di kanan dan kiri tangan. Berulang kali juga ayah berhenti melepas lelah sambil menahan sakit di dada dan abdomennya yang makin lemah dimamah usia. Tetap jua, ayah teruskan.
____________________________________________________________________________________________


"ayah, Milah nak pergi camping minggu depan. duit tak cukup lagi RM100 la. ayah nak tambahkan tak?hehe," tanya Milah manja melalui telefon.

"oh..ye ke?  ok. nanti ayah bank-in ye."  ringkas ayah membalas. 

"terima kasih ayah. sayang ayah!"  ucap Milah membuatkan ayah tersenyum lebar.

_____________________________________________________________________________________________

Hari berganti hari. Tinggal lagi 3 hari sebelum Milah dan rakan-rakannya ke perkhemahan anjuran pihak universiti. Milah begitu teruja. Barang-barabg telah hampir tersedia dikemas. Sebegitu girang sekali di hatinya. Sedang dia menikmati sarapan pagi sebelum bergerak ke kelas pagi itu, telefon bimbitnya berdering. lagu Secret dendangan One Republic berkumandang. tertera pada skrin telefonnya, 'ayah'.

"assalamualaikum ayah. awalnya telefon Milah. hehe," sapa Milah. 

"Milah tak nak balik ke hujung minggu ni?", tanya ayah.

"ha? kan Milah ada camping. ayah lupe ke?" Milah soal kembali.

"ayah minta maaf Milah. tapi, Milah baliklah ye. Ayah, ayah..urm..ayah rindukan Milah."  terang ayah lembut.

"ayah ni, kan Milah dah cakap yang Milah ada camping. Milah dah janji dengan kawan-kawan. lagipun kan Milah dah balik cuti semester baru-baru ni, takkanlah nak balik lagi. ish..ayah ni. ni yang Milah tak suka. ayah selalu macam ni. mula-mula bagi lepas tu tak bagi pulak. Milah tak pahamlah dengan ayah ni! ok lah ayah, Milah nak ke kelas. assalamualaikum.", Milah matikan talian lalu berlalu ke kelas.

Ayah terkesima di hujung talian.

______________________________________________________________________________________________

"ibu, ayah. Milah dah dalam bas. on the way ke tempat camp. pray for me ya!", ringkas pesanan Milah melalui SMS ke telefon bimbit ayah.

gembira sungguh Milah. Ramai kenalan baru yang dikenalinya. aktiviti-aktiviti yang dijalankan juga menarik.

"Milah, mari makan." ajak Jijah, sahabatnya.

"ok! " ringkas Milah menjawab sambil berlari-lari anak ke khemah makanan. tiba-tiba,

"aduh!" , kaki Milah tersadung pada sebuah kotak besar lalu terjelepuk ke tanah. Lebih memburukkan keadaan, lututnya terkena anak-anak paku yang bertaburan di tepi kotak itu. pedih. sakit.

Milah termenung sendiri di dalam khemah rawatan. Tergerak hatinya untuk meraba poket begnya mencari telefon bimbit.

' 10 missed calls'  dan ' 5 new messages'. terus sahaja Milah perikasa siapa yang menghubunginya. ternyata kesemua panggilan dan mesej ialah dari ibu dan abangnya, Farid. hatinya semakin gundah. perlahan-lahan Milah membaca mesej, "Ya Allah!", Milah separuh menjerit.

______________________________________________________________________________________________

"wad B, bilik 7"

di situlah Milah nampak seluruh ahli keluarganya berkumpul. Ibu, Abang Farid, Amir dan Aizat. Di situ jugalah ayah terbaring lesu. tiada lagi senyuman manis ayah. tiada lagi tubuh badan yang kuat seperti dulu. yang ada hanyalah seorang lelaki yang lesu, anggota badannya tersambung dengan wayar-wayar mesin yang langsung tidak Milah ketahui kegunaannya.

"ibu!", Milah berlari ke arah ibunya sambil terhincut-hincut menahan sakit luka di lututnya yang masih terasa. Ibu dipeluk erat. air mata mereka berdua tumpah ke pipi.

"Ibu, ayah sakit apa?kenapa ibu tak pernah beritahu yang ayah sakit? kenapa bu? kenapa? abang, abang pun tahu ayah sakit? kenapa abang tak beritahu Milah? abang kejam, abang kejam!," Milah makin menggila. air matanya tidak mampu lagi ditahan dari mengalir. sebak di dadanya semakin membuak-buak.

"kakak jahat. kakak selalu buat ayah menangis. kakak yang kejam."  pekik si kecil, Aizat.

"Aizat, jangan biadab!" bentak ibu lalu memeluk erat anak lelakinya itu.

"adik, kakak tak tahu, kakak...", belum sempat Milah menghabiskan penjelasannya kepada adik kecilnya itu, mesin itu berbunyi.

tett...tett...tet...

bunyi itu satu petanda. petanda yang membuatkan ibu semakin galak menangis. petanda suami tercintanya itu takkan lagi bisa membantunya dalam urusan seharian. petanda suami tercintanya itu takkan mampu lagi menyuapkan makanan ke mulutnya tatkala dia sakit. petanda suami tercintanya itu tak mampu lagi membuatkan dirinya tersenyum dengan jenakanya ketika tekanan melanda.

"Milah, ayah sakit jantung", bisik abang di telinga Milah tatkala Milah hampir rebah mendengar bunyi mesin itu. Dunia Milah gelap.

______________________________________________________________________________________________

Sudah hampir 3 minggu ayah meninggalkan Milah dan keluarga. 3 minggu jugalah Milah dihantui rasa bersalah. masih terngiang-ngiang permintaan ayah satu ketika.

"ayah minta maaf Milah. tapi, Milah baliklah ye. Ayah, ayah..urm..ayah rindukan Milah."   

ungkapan yang Milah rasakan pelik sama sekali. Namun kini barulah Milah mengerti mengapa ayahnya bertindak sedemikian. Mungkin ayahnya dapat merasakan itulah kali terakhir dia akan dapat mengusap kepala Milah, bergurau bersama Milah, makan bersama Milah dan berkongsi cerita di waktu malam bersama Milah dan ahli keluarga yang lain sebelum mereka semua masuk tidur. Namun apa kan daya, Allah lebih mengasihi ayah.

"Milah, ibu nak berikan sesuatu kepada Milah. ibu harap Milah mampu tabahkan hati sebagaimana ibu, Abang Farid, Amir dan Aizat mampu."   teguran ibu mematikan lamunan panjang Milah.

sepucuk surat yang dilipat rapi disambut Milah.

tertera tulisan tangan ayahnya di atas sampul surat itu,

buat anak perempuanku yang disayangi.

perlahan-lahan Milah membuka surat tersebut. surat bertarikh 14 Oktober, 2 hari sebelum dia ke perkhemahan itu dibacanya tenang.

        Assalamualaikum puteriku tersayang,

Pertama sekali ayah ingin memohon maaf sekiranya surat ini bakal mengganggu emosimu, anakku. Bukan niat ayah untuk berbuat demikian. Ayah juga tak mengerti mengapa tiba-tiba hati ayah tergerak untuk menulis warkah ini. Allah Maha Mengetahui, anakku. Milah, sejak akhir-akhir ini ayah seringkali rasa tidak sedap badan. Mungkin demam biasa, mungkin sakit kepala biasa tapi ayah dapat rasakan tiada yang biasa dengan kesakitan ini anakku. Ayah dapat rasakan sakit ini satu petanda. Petanda bahawa selepas ini perjuangan ayah menjaga keluarga kita akan dilepaskan kepada ibu dan abangmu. Allah Maha Mengetahui, anakku.

Milah, ayah mohon maaf kerana tak benarkan Milah keluar dengan rakan-rakanmu pada beberapa minggu yang lepas. Bukan ayah mahu mengongkong. Jauh sekali menghalang kebebasanmu wahai puteriku. Namun, pada waktu itu, ibumu sakit dan ayah pula perlu ke hospital untuk rawatan susulan. Jika ayah biarkanmu keluar, bagaimana ibu di rumah, anakku? Cukuplah ayah menderita sendiri namun takkan sekali ayah biarkan ibumu juga merasa. maafkan ayah, anakku. ayah sendiri tersentuh melihat dirimu menangis kerana tak dapat bersama rakan-rakanmu. ayah rasa cukup lemah kerana tak mampu memberitahu dirimu perkara sebenar kerana ayah tahu pasti dirimu tak mampu menerima semua ini, anakku. ayah rela menangis sendiri daripada melihat air mata berhargamu itu jatuh keranaku, anakku.

Milah, ayah  mohon maaf kerana mengganggu emosimu baru-baru ini, anakku. bukan niat ayah mahu memaksamu pulang ke rumah setelah dirimu begitu teruja mahu ke perkhemahan itu, anakku. Cuma..cuma ayah dapat rasakan ayah takkan sempat lagi bertemu denganmu selepas ini, anakku. Ayah tahu, mungkin permintaan ayah membuktikan ayah terlalu pentingkan diri sendiri, anakku. ayah tahu itu. maafkan ayah anakku. maafkan ayah.

Milah, andai benar ini kali terakhir dapat ayah berbicara denganmu, ayah sekali lagi ingin memohon maaf kepadamu puteriku. Ayah menyayangi kesemua anak-anak ayah. Namun kerana milah satu-satunya puteri di dalam keluarga, ayah sedar yang ayah perlu ingatkan Milah tentang beberapa perkara.

1.jagalah solatmu anakku. ayah mungkin mampu berikanmu kemewahan dunia. ibu mungkin mampu memberikanmu kasih sayang sempurna namun sedarlah anakku bahawa tiada yang lebih sempurna dari kasihnya Allah yang Satu. demi mendapatkan kasihNya itu, tunjukkan dulu kasihmu padaNya dengan solat ya, anakku.

2. jagalah pergaulanmu anakku. Milah, ibu melahirkanmu 9 bulan. 9 bulan ayah saksikan ibumu berdepan dugaan. 9 bulan ayah kadangkala menangis melihat ibumu menahan kesakitan. oleh itu, hargailah perjuangan ibumu itu dengan menjaga keperibadianmu. tiada guna dirimu dijaga sempurna jika akhirnya dimusnahkan oleh nafsu diri, anakku.

3. jagalah ibu, abang, serta adik beradikmu. kasihi mereka sebagaimana ayah cuba sedaya upaya kasihi. cukuplah sekadar menjaga kesihatan ibumu itu. jangan biarkan ibu buat kerja-kerja yang terlalu berat. rajin-rajinlah bertanya khabar ya, anakku.

4. terimalah nasihat dan teguran. ayah manusia biasa, dirimu juga manusia biasa, anakku. takkan pernah sempurna. oleh itu, nasihat dan teguran mampu membantu dirimu mencari kesempurnaan itu, anakku. dirimu itu menjadi kebanggaan keluarga dan adik beradik. baikilah diri dengan menerima segala teguran yang baik ya, anakku. belajarlah sungguh-sungguh. kejayaanmu bakal menjadi hadiah cukup bermakna buat ayah dan ibu selepas kelahiranmu, anakku.

Milah, sebelum ayah mengakhiri warkah ini, ingin ayah nyatakan. mungkin ayah tak mampu mendengar lagi rengekan manjamu pabila dirimu dilanda masalah, mungkin ayah tak mampu berkongsi kegembiraan tatkala dirimu berjaya mengakhiri pengajianmu, mungkin ayah tak mampu mewalikan perkahwinanmu, mungkin ayah tak mampu melihat dirimu bahagia bersama keluarga barumu pabila dirimu bertemu jodohmu kelak, namun yang pasti, kasih sayang ayah buatmu takkan pernah padam. berjanjilah anakku, berjanjilah agar dirimu akan sentiasa mendoakan keluargamu.


yang menyayangimu,
ayah       
                                                                                                                                           


Subhanallah.

kasihnya ayah. "ibu, Milah mohon ampun ibu," ibu dipeluk erat. kepala anaknya itu diusap lembut dan dikucup beberapa kali. esakan Milah semakin jelas. 

tak kenal maka tak cinta

ASSALAMUALAIKUM

Tahukah anda apakah itu kacang panggang? atau dalam Bahasa omputih, baked beans? wohoo.. I have a confession to make here. I used to hate baked beans. sebab..sebab..bau dia tak best, rasanya yang..erk..yang..yang..ha..yang tu lah. but apparently, because my dad loves it so much that he can even eat it with nasi kosong while Im struggling to even take a bite on it, I start to figure out the best way to prepare meals using baked beans. Credit to my friend, Zafira for the idea. She prepared this once and as usual, I adapt it and alter it a bit. hehe.. :)





bagi sapa2 yang bosan makan nasi, yang suka makan spaghetti, macarony dan adik beradiknya (i mean, macarony n adik beradiknya, bukan makan adik beradik, that's canibal.eh..paham tak aku buat lawak ni?gelak r), yang dah bosan makan spaghetti with prego sauce, yang the same case as mine (tak suka baked beans but trying to love it), bolehlah cuba. super simple and filling. :)

presenting:

spaghetti with baked bean sauce and chicken ball

BAHAN-BAHAN:

1. spaghetti/macarony/any other types of pasta
2. bawang kecil/bawang merah (sebiji)
3.bawang putih (3 ulas)
4. halia (separuh jari kelingking.hehe.sikit je tau sebab nak hilangkan bau kacang tu je)
5.bebola ayam/isi ayam
6.parsley/oregano (optional)
7.serbuk lada hitam
8.garam
9.aji -takde- moto (ajinomoto)
10. baked beans dalam tin (ade ke jual dalam botol or plastik?)

CARA-CARA

1. hiris halus bawang merah n bawang putih (if nak pedas, tambahlah cili api sikit :) )
2.tumbuk  halia
3.hancurkan kacang panggang (suka hati nak letak banyak mana) dengan menekan-nekan kacang tu guna sudu.
4.tumiskan bawang putih n merah tu
5.masukkan kacang yg dah dihancurkan tu beserta sosnya.
6.masukkan halia
7.tambahkan black pepper, garam,ajinomoto
8.masukkan bebola ayam
9.masukkan oregano/parsley 
10.tambahkan air kalau pekat sangat
11.biarkan mendidih
12.sedia dimakan dengan spaghetti yang dah direbus







bon appetite~

kenapa saya suka?

1. gabungan haruman bawang putih beserta bawang merah yang sebati dengan kepekatan sos kacang panggang
2. kekenyalan spaghetti beserta rasa enak bebola ayam

lalalala..selamat mencoba :)