my lovely pies

Sunday, July 10, 2011

Family Ceria Gathering 2011

ASSALAMUALAIKUM


Ouh.. It took ages to get this post written and published. Tremendously sorry for I was really busy doing nothing. LOL.

Rabu lepas (6 Julai 2011) saya dan kawan-kawan ceria tersayang berkelah, bersantai di Wetland, Putrajaya. Mula-mula kami plan nak buat pada 9 Julai 2011 tapi oopss...lupa pulak. Putrajaya ditutup la bhai on 9th July because you-know-why.

Sebelum ni ada juga diadakan gathering untuk Family Ceria di Times Square. Tapi kali ni berbeza sebab kami putuskan untuk dapat lebih ruang dan peluang beramah mesra dengan sahabat-sahabat tersayang sambil bermini picnic di tepi tasik.

Alhamdulillah, gathering kali ini dapatlah mengumpulkan beberapa utas sahabat-sahabat. HAHA. walaupun tak dapat nak kumpulkan ramai, yang hadir tetap dapat meriahkan suasana hari raya. Siapakah yang hadir?

1. Fatin Nazihah (Jiha)
2.Najwa Dalila (Dell)
3.Nurul Sabrina (Sab)
4. Masturah Fadzil (Mas)
5. Syazwan Miswan (Wan)
6.Sue Ray Sapiee (Sueray)
7.Amirul Hamudin (Mirul)
8.Penulis blog ini (tah sape tah.)

Dalam 7 orang sahabat yang datang tu, Sue Ray, Sabrina dan Masturah baru first time dapat berjumpa dengan mereka. Tapi, kami tak kekok pun. We had a great time together! :)

Memang terharu. Kebanyakan mereka sanggup datang dari jauh semata-mata nak berjumpa dan luangkan masa bersama-sama. Syazwan dan Sue Ray dari Johor and Sabrina dari Sabah. Tapi Sabrina datang dengan Masturah sebab dia stay dengan kakak dia cuti ni di JB. ha..mana tak terharu. Sanggup travel jauh-jauh. sweet kan mereka? Yang lain-lain pun apa kurangnya. Walaupun mereka juga sibuk dengan hal-hal lain. Still, sudi datang. Rakan-rakan yang tak dapat datang tu, tak apa. Next time, kita jumpa ya. InsyaAllah.

Kami berkumpul di KTM Serdang pada pukul 10.30 pagi (ikut tentatif, bak kata Amirul. LOL). Selepas itu, kami bergerak ke Putrajaya dengan menaiki Avanza coklat (bak kata Syazwan) dengan sedikit campuran warna silver (bak kata Sue Ray yang ditentang hebat Syazwan).


Beberapa minit kemudian....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




keterujaan terserlah. dengan cuaca yang sungguh indah, panas-panas manja tapi still berangin. Memang sangat seronok sebab tak ramai orang. HAHA. in fact, macam tak ada orang pun dekat kawasan yang kami pilih. Yang ada pun cuma seorang makcik bersama suami dan anak perempuan kecil. kiranya, ada orang la tu ek? :D

Apa yang kami buat di sana? huyyo...itu yang akan membuatkan post ni macam novel kalau nak diceritakan satu persatu. :D 

Mula-mula sampai, kami duduk-duduk dulu, cari tanah mana sesuai dengan keselesaan, ha..dapat pun. lepas tu? Lepas tu, masing-masing komen kehausan. Seriously, everyone went like, "eh..hauslah.", expecting tiba-tiba ada 8 bungkus milo ais jatuh dari atas pokok. HAHA. few minutes later, barulah ada hero dan heroin sudi pergi belikan dekat kafe yang terletak 15 km dari tempat kejadian. HAHA. agak-agaklah 15 km pun. Terima kasih Wan, Jiha and Dell. Terima kasih di atas Teh o ais dan Bandung yang lazat itu. Emcee tak bertauliah (penulis blog) memulakan majlis dengan ucapan sok sek sok sek sebelum doa pembuka majlis diaminkan.

Aktiviti pertama kami ialah....

Game 1: Saya Sayang Family Ceria

dalam game ni, kami diuji pengetahuan am tentang FC. HAHA. seriously, menggodek sedalamnya latar belakang ahli-ahli FC.  (bak kata Jiha, kena jadi stalker terhebat untuk mampu menjawabnya). Cara bermainnya macam musical box. Kena pass sebuah bekas berisi soalan-soalan berkaitan ahli FC sambil muzik dimainkan. Orang yang masih memegang bekas tu sewaktu muzik berhenti, perlu memilih satu soalan di dalam bekas. Fret not, semua orang pun kena jawab. Bukan setakat sekali dua, ada sampai 4 kali. kan? tapi memang seronok. Paling seronok bila soalan yang kawan kita tu kena jawab merupakan solan tentang kita. HAHA. sebagai contoh, Mas perlu jawab bilakah tarikh lahir saya. ha... ambik! hehe... 

.
.
.



                                                         





ceria tak? :D

tak mampu nak ingat setiap soalan yang perlu kami jawab sebab banyakkkkk.. hehe..


lepas selesai main game, kami pun...makan!yeah. lunch time. Menu kami ialah nasi lemak + ayam masak merah, roti sosej goreng, begedil ayam, kek pandan dan kek coklat, air bandung dan teh o ais.












 Selesai makan, kami ke surau berdekatan untuk solat Zohor. selesai fasa pertama.  :)

Aktiviti hari tu diteruskan dengan tazkirah oleh Imam-imam muda FC. :) Wan sentuh isu perasaan marah. Perasaan yang ada pada semua orang tapi tak semua mampu kawal. Wan ceritakan dan kongsikan bagaimana marah itu senjata kuat syaitan dalam menghancurkan makhluk bernama manusia. Tazkirah yang pendek tapi padat. Kemudian, Mirul pula ambil alih dengan berkongsi rasa dan pendapat mengenai isu kepentingan menjadikan al-Qur'an sebagai asas panduan setiap waktu. Nyata, banyak info yang dapat kami pelajari. Dengan contoh ayat-ayat al-Qur'an yang diselitkan, dan kisah Tony Blair yang membaca al-Qur'an hampir setiap hari sebelum memulakan kerja, memang cukup menyentuh. Terima kasih Wan dan Mirul. kalian memang insan hebat. :)



Few minutes after that, kami teruskan dengan game yang kedua,

Game 2: Regu

game ni memerlukan kami bahagikan 2 group. Group saya terdiri daripada wirawati-wirawati yang gagah dan cekal. HAHA.. Jiha, Mas, Dell dan saya while the other group comprised of Wan, Mirul, Sab dan Sue Ray. Kami perlu sediakan 4 jenis perkataan daripada 4 kategori: simpulan bahasa, tajuk lagu, nama tempat dan nama filem. Seorang ahli perlu berdiri di hadapan kumpulan mereka dan berusaha segigihnya supaya ahli -ahli lain dapat meneka perkataan yg diberikan. Tiada suara dibenarkan. Hanya gerak tangan. LOL.


Kumpulan mereka perlu meneka

1. serkap jarang
2. I Have a Dream
3. Bukit Broga
4. Lagenda Budak Setan

Kumpulan kami pula:

1. tangkai jering
2.Show Me the Meaning of Being Lonely
3.Pulau Santubong
4. Gerak Khas the Movie

jadi, silalah bayangkan sendiri bagaimana rupa dan keadaannya bila kami perlu berusaha gigih melakukan gaya, memberi klu secara senyap supaya geng-geng kumpulan berjaya meneka perkataan tu. gamat! Tapi memang hebatlah Sab sebab mampu teka perkataan yang agak sukar. hebat!

Selesai bermain, kami pun teruskan dengan bahagian seterusnya yang telah dirancang. yeah.. sesi tukar hadiah. semua kelihatan sungguh teruja. sistem yang digunakan (pergh, sistem!) ialah sistem undian. setiap seorang akan memberi dan diberi hadiah yang telah dibawa masing-masing, sesama ahli FC yang hadir. Saya diberi oleh Sue ray dan memberi kepada Mirul.




memberi

diberi
cute koala bear from cute Aussie student, Sue Ray

Selesai tukar-tukar hadiah, kami pun ambil-ambil gambar, posing sana sini. HAHA sebelum berjalan-jalan (naik kereta sebenarnya, LOL) di  kawasan Putrajaya. 






Bergeraklah kami ke Presint 1 untuk mengunjungi Masjid Besi. (Masjid Tuanku Sultan Mizan). Went in there to pray sambil menghayati keindahan masjid yang....



thanks Sueray for the capture.


berakhirlah sudah aktiviti kami. Jam menunjukkan pukul 6 petang. layaklah kami pulang. Wan yang berhati murni sudi menumpangkan kami pulang. Sab,Mirul, Jiha dan Mas dihantar ke KTM Serdang dan saya serta Dell ke rumah masing-masing. Wan dan Sueray kemudiannya ke destinasi masing-masing. Wan ke rumah makciknya di Kg. Pandan dan Sueray ke Legend Hotel tempat ibunya berada atas urusan kerja. Seharusnyalah traffic jan yang sangatttttttttttttt dahsyat. Tapi kesabaran dan kepakaran sang pemandu serta urusan yang dipermudah Allah, kami semua selamat tiba ke destinasi masing-masing.

Walaupun sehari cuma pertemuan, walau secebis cuma dapat bersua, segala kenangan akan terpahat segar di minda. Terima Kasih sahabat-sahabat! <3 

di hadapan (yang takdelah hadapan sangat. ianya sangatttttttt hadapan) Masjid Besi


saying goodbye is always the hardest part in life. jumpa lagi kawan-kawan!




-photos courtesy of Mirul's and Wan's cameras!-



12 comments:

najibah said...

:') isk. isk. isk.

Anonymous said...

never say good bye because we will meet again..

effa_dila said...

coqah: kite nak jumpe awak. semoga next time dapat jumpe, k? :)

anon:siapa anda?siapa? huuu

patenjihah said...

epa! gigihnye tulis novel pasal gath FC. huhu. sambil bace sambil imbas balik sume kenangan 6 Julai. thanx <3 :')

aunu jer... said...

best yer...
tahniah kepada penganjur...
yang penting dlm berhibur ada batas yer...ye ok???
Aunu...

effa_dila said...

jiha:haruslah gigih.demi FC yang disayangi sepenuh jiwa. :) <3

aunu:yup2.:) semoga kite berjumpa di lain masa, insyaAllah

SuE RaY said...

yay!! effa dah tulis sume.. nice2.. ^_^
ble teringat blk gath kite, rase nak senyum2 je sorg2.. hee..
bes dpt jumpe korg sume blk..
yay!

effa_dila said...

yay!sueray chomel dah baca. it was great meeting u. u r such an adorable girl.seriously dear, I mean it!

nedd said...

apasal nedd baca ni lepas tu senyum sorg2. alahai!

ni tak cukup patah perkataan ni!

Chewy The Gum said...

wahh~ fun..cool..hang wth buddies..

panda putih said...

wah!!! baru sempat bace post anda.. best nye.. dell xtaw la nak tulis ape psl hari tu.. haha. cukup kot epa sorg tulis.. best!!!

effa_dila said...

zaff: next time will be pudding's time!

dell:haha.cukup da tu.