my lovely pies

Thursday, December 17, 2009

family ceria gath... :)


ASSALAMUALAIKUM....

akhirnya berkesempatan menukilkan rentetan perjalanan gathering family ceria...

tempat:TIMES SQUARE,KL
masa:11.30 pagi-5.30 petang
aktiviti:macam-macam ada

but..first of all,i would like to briefly explain what is family ceria is?actually family ceria ni gelaran dalam group kitaorang.group apa?


group ni ditubuhkan oleh encik miqdad bagi mengumpulkan pelajar yang mengambil peperiksaan spm pada tahun 2007.dipendekkan cerita..hasil perkenalan kami selama hampir dua tahun..kami pun jadi terbiasa dengan gelaran family ceria dalam kalangan kami.hehe..

sebenarnya sebelum ni ada juga gathering kat midvalley megamall..tapi waktu tu aku tak dapat join..so kali ni..tepatla masanya sebab sedang bercuti kan..jadi joinla..walaupun tak semua ahli group datang(ada yang masih kat overseas,busy study,ada hal n lain2)..tapi tetap juga misi dijalankan..hehe..

aku dan dell memang dah pakat nak pergi sama2 cuz dell study kat UTM jalan semarak which is located near to my house..setelah selamat sampai di depan taxi stop UTM..aku pun contact dell..2 minit kemudian..dell pun keluar dari pintu pagar UTM menuju ke arahlu dengan senyuman comelnya..ni kali pertama aku berjumpa dengan dell dan member2 yang lain..jadi muka pun kadang2 tak cam..alahai..comel bonar la si dell ni..dan asyik tersenyum..ayat pertama dell.."effa,kenapa nampak lain dari dalam gambar?",sehingga kini kelainan yang dimaksudkan masih menjadi misteri..hahha..beberapa minit kemudian..teksi pun muncul..dan kami pun selamat sampai ke TIMES SQUARE..sebelum tu,sorang lagi member,wan dah mesej..katanya dah sampai dan sedang tunggu kat MCD..jadi dell n aku pun menjejaki dia..sampai je kat MCD..kitaorang pun melilau cari batang hidung dia..tiba-tiba nampaklah seorang mamat ni tengah syok minum air tapi membelakangi kitaorang.aku pun terus bagi mesej..ringkas dan padat..haha.."pusing belakang",beberapa saat lepas tu..bangkitlah dia menuju ke arah kitaorang..selang beberapa minit lepas tu,member2 lain pun sampai..(nedd dan kawan2nya,afiah,akhmal,zati,mirul dan jiha)..nedd memang nampak sebijik dari dalam gambar..tapi sebenarnya lagi kiut sebab nampak lagi real cheekbone dia..hihi..jiha pulak..ayu je..tapi..boleh tahan rock gak minah tu..mirul?tersengih sepanjang masa dan memang kuat mengusik orang..wan?sebijik juga dalam gambar..nasib baik tak bahasakan diri dia atok penyu..wakakaka..PEACE!

kami pun berbual-bual sekejap..dan lepas tu..THE ADVENTURES BEGAN!kitaorang menuju ke tempat yang paling last dalam list what-to-do-on-your-free-time..bowling alley!hua..menggeletar seluruh tubuhku..sebenarnya seumur hidup tak pernah main bowling walaupun banyak kali teman kawan-kawan pergi main..entahlah..tak minat main bowlingla..percubaan untuk selamatkan diri kali ni tak berjaya..nak tak nak..join jugalah..haha..pemenangnya ialah..wan..diikuti dengan mirul..perempuan pun hebat juga..nedd,jiha n dell memang hebatla...aku?dah baling semua..kira ok lah..hee....ha..sebelum tu nak cerita..aku tak taulah mana satu:wan atau mirul yang kenekan aku.letak nama aku as da first player...pergh..dahlah tak pernah main n dah promise dengan diri tak nak main..sekali kena main dulu..(alasan mirul :start first,habis awal)..logiklah juga..adoi..nak pegang bola pun terkial2..tapi..takpe..berjaya dihabiskan..haha..









 dah habis main bowling..kami..kami..ha..kami pun pergi food court..nak makan2..borak-borak kejap..aku dan jiha decided untuk makan makanan mamak.aku order roti sardin and jiha order murtabak ayam.pergh..abang tu kata tak lama lagi siap..lama jugala aku and jiha tunggu..siap habis bersembang satu topik penuh dengan afiah n zati..akhirnya dapat juga...tiba-tiba tergerak nak usha my hp..


1 missed call and 1 message..

aku bukak dulu missed call.. "soul FC"
aku bukak pula mesej..dari orang yang sama.."weh..korang kat mana?" waktu penghantaran:11.55 pagi..aku tengok jam tanganku..sekarang dah pukul 1.18 tghari..alamak!aku terus contact afiq(pemilik nama samaran soul tu..haha)..dia kata dia kat surau..aku dah agak mesti dia lama sangat tunggu..aku pun suruh dia datang ke food court dan join kitaorang.alamak..aku macam boleh nampak kepenatan dia..GUILTY!!aku pun memberanikan diri tanya soalan yang agak obvious jawapannya.."dah lama ke kau tunggu?"afiq hanya senyum dan aku tak habis-habis mintak maaf..aku pun tak kira berapa banyak kali aku mintak maaf..sampai afiq pun dah fed up dan kata.."aku tak kisahlah..ko ni dari tadi minta maaf"..huhu..sorry tau afiq..hp aku problem la..hee...nak bagitau..aku n jiha tak habis makan..besar sangat rotinya..haha..








hurm..kami pun terus makan lagi..tiba-tiba muncul idea untuk tengok wayang..cerita?SANTAU..yes!!aku suka cerita seram(despite of fear of the spooky scenes)..selesai solat..kami pun menuju ke cinema..pergh..wayang sudah mahu bermula..jadi..sangat gelap dalam panggung..selesai ambil tempat duduk,kami pun bersedia untuk menonton..haha..cerita yang sepatutnya seram..dah jadi cerita lawak sebab ramai sangat yang buat skrip sendiri..orang belakang kitaorang pulak tak habis2 buat sound effects..(walaupun sometimes it does get pretty annoying)..secara keseluruhannya..ok la ceritanya..walaupun nedd mula berbisik.."aku dah start mengantuk ni.."'hehe...bagi aku ceritanya memang cliche tapi plotnya not bad..dan aku hampir menangis bila adegan sedih..tapi paling penting..aku memang menjerit macam apa je la bila part hantu keluar..(hantu belum keluar pun aku dah jerit)..haha..kesian nedd dan jiha yang duduk sebelah kiri n kanan aku..sabar je la ye..hikhik..


selesai tengok movie,kami pun sempat ambil gambar.





.nedd dah kena beransur pulang sebab takut jam kan..peak hours kot..kesian nedd yang memandu agak jauh..huhu..selesai bergambar..kami pun ucap selamat tinggal pada nedd,zati,afiah dan akhmal sebelum afiq...kini tinggallah dell,wan,mirul,jiha dan aku.dan kami decided untuk melialau seluruh TIMES SQUARE untuk ambil gambar..pergh..memang lama jugalah kitaorang ambil untuk ambil gambar..haha..kredit to dell sebab dapat tarik orang suruh ambilkan gambar kitaorang..kredit to jiha,wan,mirul and myself sebab bergilir2 ambilkan gambar..hihi..





 



selesai semuanya..kami pun mengucapkan selamat tinggal..sayu tengok semua dah pergi..lepas tu..dell dan aku teruskan perjalanan untuk pulang..kami pun bergerak pergi ke arah teksi..

pakcik X:nak pergi mana dik?
aku:setapak
pakcik X:kalau nak murah pergi beli tiket teksi kat dalam tu
aku:berapa rm?
pakcik X:kalau beli tiket tu paling mahal pun rm18..

~wat??!!tadi aku datang TS rm 8 je..~

aku:mahalnya..tadi kami datang sini rm8 je..
pakcik X:(buat muka terkejut ala-ala ternampak gorilla maen bowling)..
rm8 je?kalau nak murah.......


aku tak dengar apa dia cakap lepas tu sebab aku n dell melarikan diri dari pakcik tu yang asyik ekori kami..huhu..

dell:kita naik tren je la..

aku:ok!

beberapa minit kemudian..


dell:kita sepatutnya naik teksila..kita cross jalan sebelah sana..
aku:urm..betul gak tu..ok..jom..


turun tangga..jalan..sampai kat satu section tepi tangga..

dell:eh..dulu dell datang sini..ada tangga terus untuk cross ke jalan sebelah.kenapa dah takda?
aku:(blur)

naik balik tangga..turun balik tangga..sampai ke bawah..dell pergi tanya kat akak sorang ni..

dell:kita kena naik balik..jalan mesti jam..kita naik trenla..
aku:ye la..lupa pulak kan?jom3..

naik balik tangga...beli tiket monorel ke bukit nanas..

dalam tren..kami berbual rancak..seronoknya berbual..tiba-tiba..


"stesen medan tuanku"...

aku:kenapa eik rasanya kita..(mengerling ke papan destinasi kat pintu tren)..dah TERLAJAK!
dell:(blur)..eh! ye la..jom3..keluar..

pergh..hampir saja aku terkepit sebab kami ambil masa beberapa ketika jugalah untuk menyedari kami terlajak stesen sebelum bertindak keluar dari tren..sambil kitaorang terburu-terburu menuju ke tempat menunggu tren di arah sebelah,sempatla aku menahan perut sebab gelak tahap dewa memikirkan kesengetan kami..haha...

alhamdulillah..selamat sampai ke stesen bukit nanas..strategi yang bijak..pergi tempat menunggu tren sebelah satu lagi..sebab..pastinya tren tu akan bergerak bertentangan arah yang kami lalu awal-awal tadi..maknenye..akan dapatlah kami pergi stesen yang kami terlepas tadi..haha..

setelah beli tiket putra lrt ke wangsa maju dari dang wangi..kami pun naik tren..8 stesen kami lalui..akhirnya sampai ke wangsa maju..kami berpecah dari situ..dell ambil teksi ke kolej kediamannya dan aku pun ambil teksi ke rumahku..papai dell..

dalam teksi..aku tersandar kepenatan..seronok juga dalam teksi..uncle wong yang drive teksi tu sangat polite dan dia buatkan aku rasa bahagia duduk dalam teksi..haha..cara dia bercakap..tip top!cara dia tanya arah mana aku nak ikut..tip top!cara dia melayan pertanyaan dan bebelan ku..tip top!setibanya di rumah..hujan turun selebat-lebatnya..alhamdulillah..selamat sampai rumah..

p/s:thanx kawan-kawan..had a great time with u guys..keep in touch ya!







10 comments:

fatin nazihah ashari said...

woh padat dan mantap haha.

tula, lenkali jgn duk berangan lam monorel, kan dah terlajak huhu

nedd said...

ngeee...haha~ sembang syok sgt la tu~ hehe~

Fahim 'n Alin said...

haku x larat nk bce.. tp haku taw ko men boling..

dan haku taw jugak msti ko kalah..ehehe

meri kismis..eh samat thn bawu hijrah

THE BLOGGER said...

aku kasi 5/10 bintang utk gath korang !!

tengku said...

uh panjang gle nota ko kali ny..
berjele..
x jemu2 g t.s ke??
hahaha..

dell~ said...

haha,, x sdr kowt dah trlepas...
dell egt mmg dy x tulis stesen medan tuanku.. ngupenye slps bukit nanas.. kelam kabut turun...heh...

p/s: tym nk cross jln 2.. kite da smpai bukit nanas syg.. tym 2 nk cross tok pergi stesen lrt dang wangi.. haha.. sgt penat la epa..

h-o-o-r-a-y-!-!-! said...

bahasa melayu pemahaman???
A+ aku bgi... ahahahaha

diyanah said...

oh serius cam jeles. btw, spe kalah bowling sila blanja aku makan.

crixerity said...

ahahahahaa... lawak. :D
itu idea aku letak kau pertama. kehkehkeh...

ayat dell lawak. hehe

effa_dila said...

mirul..ko tipu eik?ko kate wan nyer idea..tembak ko kang..

haha..ayat yg mane?