my lovely pies

Wednesday, October 27, 2010

cekodok!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

ASSALAMUALAIKUM

first thing first. what should I feel? seriously..undefined!tak tahu nak rasa apa. 

Pagi ni aku niat nak drive ke kelas. ye lah, dah dua hari tak bawak cekodok tu. pergh! dahlah pagi ni ada test phonetics pukul 10 pagi, cekodok buat hal pulak pukul 9.15 pagi. check sana sini, semuanya ok saje. so, apa masalahnye cekodokku syg? finally..naik bas je. nasib baik ada lagi bas nak ke kelas yang ambil masa hampir 15 minit untuk smpai dari rumah. 

dah habis test, ayah call katanya nak datang ke Tg Malim nak tgk keadaan cekodok. (oh ye.. memang aku mengadu kat ayah pasal cekodok.haha). aku cakap takpelah (walaupun dalam hati melonjak2 gumbira bila dpt tau ayah nak dtg).

tiba2 kedengaran suara takbir.eh..kedengaran bunyi enjin di luar tingkap bilik.pergh! ayah dtg naik van polis. memang orang ingat ada kes jenayah la kat rumah aku ni. ayah dtg dengan kawan. berpakaian seragam kot. owh..minus the topi n cota la ye. ayahku memang dah biasa dengan kerja2 repair ni because dia sendiri pun memang bertugas kat Kompeni Pengangkutan kat Pulapol tu selepas tidak lagi larat untuk bertugas di bahagian kejar2 pencuri. haha. dah puas baiki, cekodok tetap tak mahu hidup. argh!!!!!!!!!!!. finally ayah decided untuk cari Pusat Servis Proton. berlalulah ayah dengan van polisnya.



beberapa minit kemudian...

besar punya!lori merah datang nak tarik cekodok. ok.sila bayangkan situasi ini.Sebuah van polis disertai oleh dua orang polis berpakaian seragam berserta sebuah lori penarik (ni ke perkataannye?haha) kereta. jiran2 memerhatikan.mungkin pada pandangan mereka,

"seorang gadis ditahan polis atas kesalahan tidak membayar road tax lalu keretanya ditarik".

wohoo..naik lori..naik lori.yeah!naik lori.. naik lori sampai ke bengkel sebab ayah tinggalkan van kat bengkel tu.

p/s: naik lori itu is much3 more better than naik kereta yang disambung ke lori merah besar dan kedudukannya ala2 motosikal buat willie. korang paham ke apa aku cakap ni?pahamla..tolonglah!


setelah beberapa minit..pergh!cekodok tak sakit pun. apakah? motif?!!

looking on the bright side, as what my friend said,

"cekodok sanggup buat apa je utk u. aritu u asyik cakap u rindu ur dad. see, dia dah tolong panggilkan."

haha.thanx cekodok.

ayah..thanx sanggup datang walaupun angah kata tak yah datang. thanx sebab sudi makan lauk yang angah masak tadi. thanx sbb concern. thanx sbb bagi duit poket lagi.  <3


Wednesday, October 20, 2010

"nenek dah 20 tahun, cu! "

ASSALAMUALAIKUM

"20 tahun itu tua sangat ke?jawab cepat!"

Sekali lagi, Oktober menjelma. 19 Oktober 1990, tarikh daku mula menghidu bau bumi. I mean, bau bilik bersalin di Hospital Besar Batu Pahat, Johor sebelum terus menetap di KL setahun kemudian sampai sekarang. 

18 Oktober 2010 (malam)

it's a tradition for my puddings (puddings is the nama gelaran bagi friendship group aku di UPSI ni) untuk sama ada prank/dare pada ahli group punya birthday. sebenarnya aku x expect yang aku akan kena because prank jahat2 manja ni aku dah penah kena back in semester one so aku fikir kali ni mesti diaorang tak nak buat da. pergh!sangkaan meleset. 

lepas balik dari kelas ganti LC at 10.30 malam lebih kurang, diaorang kata nak beli ais di kedai runcit depan kampus, so aku pun duduk dalam cekodok tunggu diaorang. agak lama di situ, aku rasa tak sedap hati terus aku ekspresikan ketidaksedapan hatiku on FB.

"kenapa rasa macam aku bakal kena prank, tiba2 je kawan2 nak beli ais, nak lari laju2 la!"

selesai mereka membeli, kami pulang. few minutes after aku melangkah keluar dari cekodok.

"2 huge pails of water+one whole plastic of ice+sebungkus horlick ais"

seriously..kepam!basah!hahahahaha..n memang terbaikla kan, sahabatku tersayang poskan video prank tu on FB. adoi!malu2..seluruh dunia tengok (agak exaggerating di situ)

berendamlah aku malam itu tapi mereka tetap sweet buat small makan2 after tu. :) thanx my sayangs (fie, fin,zaf,nina n elly)

"apa hadiah you dapat effa?", tanya Nisa. (woot2..Nisa, I market u kat sini.cepat2 bayar cukai publisiti)..

I didnt answer her question.hehe.sori babe, terhilang fokus jap

actually, antara hadiah paling best ialah 2 biji jerawat di dahi.Ultraman-look gilak!



yang best jugak ialah notification FB yang sangat banyak. thanx kawan2 sekolah rendah(SKPD), sekolah menengah (APGS), matrik (KMM) dan uni (UPSI). terharu sangat. even kawan-kawan yang jauh di perantauan (russia, ireland,aussie, us, egypt,indonesia,china) sudi juga wish.sayang korang sangat2.tak bohong :)

apa lagi hadiah ek? oh. my sis gave me a shocking pink cardigan.pergh!pink is the last color I would wear.seriously. tapi baguslah, kali ni aku akan cuba mempinkkan diri.thanx along.mmuahx <3

ibu dan ayah bagi apa?

kali ni, ayah bagi saya kalkulator.kalkulator ini pelbagai guna.:D





TERIMA KASIH! angah janji angah jaga betul2. :)



Sunday, October 17, 2010

black pepper kuey teow. it's hot bebeyh!

ASSALAMUALAIKUM..

 yeehau.akhirnya, I came up with my new own recipe on blog. this is the second time making it. first time aritu x berapa confident nak pos kat blog cuz baru first time try. resepi sendiri kan memang belum tentu sedap.haha.tapi setelah mendapat testimoni pelanggan yang memberangsangkan, kali ni aku poskan buat kalian semua. (ceh.bajet aku ni pengasas Jusmate pula nak ada testimoni pelanggan).

cuba ye.sangat simple. n sedap dimakan waktu cuaca sejuk sebabb black pepper can keep u warm ;)


bahan-bahan (untuk 4orang makan)



1.  kuey teow (sebungkus)
2. bawang merah sebiji
3.bawang putih 3 ulas 
4.ikan bilis setengah genggam
5.udang kering 2 cubit (tumbuk)
6. lada hitam peppercorn (yang biji2 tu) 
7. serbuk lada hitam
8. sos lada hitam
9.sos tiram
10.kicap manis
11. telur sebiji
12. sos cili
13. isi ayam/udang/sotong/daging
14.kobis/kacang panjang/carrot


cara-cara

1. tumbuk hingga lumat bahan 2-5
2. tumbuk hingga hancur black peppercorn
3. tumis bahan yang dah ditumbuk sebelum masukkan black pepercorn yg dah ditumbuk
4.masukkan semua jenis sos
5. masukkan air
6.bila dah mendidih, masukkan telur n hancurkan
7.masukkan sayur dan isi ayam etc
 8. masukkan kuey teow


p/s;if nak berkuah, tambahkan air lagi


sedia disantap




Friday, October 15, 2010

surat-surat cinta saya

ASSALAMUALAIKUM

oh..how I love my life here. semester ni saya duduk di luar kolej dan saya bawa cekodok saya. apa itu cekodok?cekodok ialah nama panggilan bagi kereta saya. alasan bawa kereta pun sebab nak pergi kelas yang kebanyakannya dah pindah di PC yang ambil masa hampir 20 minit untuk sampai dari kediaman saya di sini. 

tak sangka pulak, sejak bawak cekodok ni, banyak betul surat cinta yang saya terima. makin hari makin bertambah. yang paling bestnya, semua surat cinta tu pastinya ditinggalkan atas cermin kereta  saya. apakah?adakah ini style baru? hanya mereka yang terlibat sahja yang tahu.

mari kita ikuti kes2 surat cinta ini.


lokasi: tempat parking PC
masa: 5 petang

sangat kelakar. entah bila pulak saya berhutang dengan encik ini. mungkinlah pernah pinjam seposen dua buat bayar pisang goreng mak cik gayah tapi takkanlah itu pun nak tuntut?ish3. haji bakhil betul. nak tahu tak ape lagi yang kelakar? punyalah penat saya cari siapa pulak gerangan peminat saya ni. belek punya belek, rupa2nya di belakang kertas ini ada senarai nama berserta nombor matrik. ceh.guna kertas cover assignment rupanya. vandalisme betul.hahahaha (mari gelak ramai2.)



lokasi: depan kampus
masa: kurang lebih 12 tghari

haha. kisah yang ni agak sadis. alkisahnya, pagi kejadian, saya terima 'surat cinta' dari pak guard kampus kerana beliau sangat mengagumi kasut saya. T_T. bolehkah still nak jadi defensive? "pakcik, saya tak pakai kasut sebab kaki saya sakit. melecet.tolonglah pakcik. pakcik nampak sungguh kacak lagi bergaya macam jalaluding hasang" (oh..I didn't say anything instead kerana agak terkesima ditahan.hua!). so, dipendekkan cerita yang memang takdelah panjang sangat tu, mood saya memang spoilt habislah kan. pagi2 lagi dah dapat 'surat cinta'. dalam pikiran genius ni bermain-main angka RM50, nilai yang harus saya bayar kelak walaupun atas 'surat cinta' tu hanya tulis amaran. ditambah pula assignment yang belum habis diedit n nak dihantar after majlis pagi tu. selepas semua benda2 ynag diperlukan untuk assgment sttled, bergeraklah saya dan kawan2 nak ke kereta, nak hantar assgnment tu di Taman Bernam. tiba2 kawan saya kata:

"effa, ada surat cinta lagi!"

dengan muka cuak ala-ala kambing Pak Mat tercekik biji nangka, saya lihat.memang saman.dari HEP. RM50 lagi.ha..balik rumah terus menitik air mata. (kisah benar!). stress+bengang+tak puas hati 2 kali diberi surat cinta dalam satu hari n total lost (expected)= RM100 dan ke atas. mana nak korek duit? argh!!

petang tu, dapat panggilan dari orang HEP mengatakan saya perlu tunaikan harga 'surat cinta' tu dalamkadar segera. bernegosiasi, berbicara, bertolak ansur..akhirnya baru kutahu, itu hanyalah 'surat cinta' dari peminat perempuan. pergh!!!! tak tahu nak rasa apa. ish3. anda berjaya!



lokasi: Tempat parking PC
masa: 5 ptg

YOU BETTER WATCH OUT!!! pergh!seram betul. ni memang betul peminat fanatik ni. yang ni pun memang agak terkesan la juga sebabnya sehari sebelum kejadian ni, cekodok saya diekori oleh sebuah kereta Wira pada pukul 7 petang. ikut sampai kawasan rumah sebelum di berlalu dan gelak2. sangat tak kelakar di situ!maka, bila tiba2 dapat surat cinta ni, memang cuak la kan. haha. tapi kelakar jugak.penulis surat cinta ni siap tulis, "nota ini bukan dari **** (nama dia)". haha.macam2. takpe. saya dah pun blaas surat cinta ni. kan ****?


lokasi: tempat parking PC
masa: 5 ptg

haha. yang ni saya puji.sangat beriltizam. yag kali ni memang usaha berkumpulan.nampaklah semangat berpasukan di situ. yang sorang tolong check line clear ke tak, sebahagian lain perah idea nak lukis apa, sorang lagi tolong letak atas cekodok saya. hebat! memang tinggi esprit de corp tuh. :) haha. adoilah.tergelak2 bila tengok balik surat cinta ni.


THE MORAL OF THE STORY:
anyone with car, please beware with these surat cinta. they might haunt u! hahahahahah.....

"kisah ini ada kaitan sama ada dengan yang masih hidup, yang suka makan coklat, yang dari Terengganu, yang suka lagu Impossible, yang suka 'likes this' kat FB., yang suka makan ayam masak kicap, yang suka berpolitik dan rakan2nya. lol. ;)

YOU GUYS MADE MY DAY <3

Wednesday, October 13, 2010

"saya menang motor"

ASSALAMUALAIKUM

Terima kasih kepada sahabatku, Wani for the tag. :)



1. apa yang sedang bermain di fikiran anda sekarang ?
nak pergi spa!I seriously need a one fine day where I can relax and pamper myself :)
 
2. apakah nama samaran anda ?
eppa, effa, dila,angah
 
3. senaraikan 3 orang yang anda sayang 
 myself, family and friends

4. panggilan untuk si dia .
masih belum difikirkan
5. hadiah yang paling diimpikan dari yang teristimewa
nasihat yang baik n kasih sayang :) 

6. belog mana yang paling suka visit ?
wheneffaspeaks.blogspot. hahhahah
















































































































Friday, October 8, 2010

dugaan!

ASSALAMUALAIKUM

I need to blog this. Despite of the fact that I have tons of assignments await, I know I have to blog this. Through out these 3 semesters of studying, i had had to do many presentations for the subjects. BUT, never in my life I thought that what happened today would be happening.

This morning, as usual on Friday morning, I needed to attend the Phonetic class. As today my group members (Elly, Yin Chian and Ratna) and I were needed to conduct a teaching activity, I was a bit nervous and excited at the same time as this was the second teaching activity I had to do. The first one was back in Semester 1.This time around, we had to teach the students pronunciation. So the mood was totally a school mood with us being the teachers and our super bubbly classmates were our students. :)

We were the third group to present. Soon after being called, my group members and I rushed to the front of the class and tried to set up everything needed. Oh no! The video we intended to use as our introduction cannot be played using the monitor. It took us almost 10 minutes to figure out how to sort the problem out. Then I decided of using my notebook than using the monitor. Another problem rose. There was no image appeared on the screen! argh!!!!!!could this be more worse? Oh..the spark of giving up has shown up. 



inhale..exhale..inhale..exhale..lucky us for our lecturer, Dr. Che Ton being so thoughtful and she kept on asking whether or not we were okay. finally, we made up our mind. We omitted the video part and just continued with our own introduction. Settled with the introduction, we continued with the two activities. The first activity was Track It! where the students were needed to identify few words with the initial sounds of /t/ and /th/ from the article given and they were also needed to solve the word maze provided in the handouts given.

Done with the first activity, we moved on with the second activity named Jumble Mumble. In this activity, the students were needed to group themselves into  5 groups of 8 to 10 members and chose one spoke person for each group. These spoke persons were responsible to choose one envelope out of five choices given. In the envelope were two papers contain jumbled sentences and tongue twister. They needed to solve the jumbled sentence and practice the tongue twisters and  later the spoke persons would represent their respective groups in giving us the correct answers for the jumbled sentences and said out loud the tongue twisters. The activities went well with a great cooperation from the 'students'.

The time for answer checking has finally arrived. I stepped away from the stage and went closer to the 'students' to start the answer checking when "ARGH!!!!!"..the students started screaming. Blackout! OMG! the worst has finally showed its face!Could I just scream along with them? Our lecturer asked us to just continue the activity.







Alhamdulillah, we managed to finish it and did everything planned.

I have learnt my own lesson today that every single thing has its own reason for happening. Well, I wont deny that I was a bit pissed off and lost when those 'tests' come. With the video could not be played and the sudden blackout, but still Allah helped us with His own way. He tested us at first, to make us use the logical wise of our brain and to test our ability in overcoming circumstances at stake. The comments from the lecturer and the joy from the 'students' were just enough to heal the disappointment my group members and I had earlier on.  thank you Allah. :)