my lovely pies

Friday, January 14, 2011

"aku stress.." EK ELEH..RILEKLAH BRADER.

ASSALAMUALAIKUM.


Tengok tajuk pun da annoyed.


well..hari ni aku nak kongsikan serba sedikit tips-tips hilangkan stress. "duh..I could simply get it from Google la". Memang kat mana-mana pun boleh dapat cara-cara hilangkan stress. Kadang-kadang dengan kau kau sekali yang stress sebab banyak sangat tips-tips hilangkan stress ada kat Internet tapi stress juga sebab tak dapat nak pilih yang mana satu. STRESS...STRESS...STRESS..


anyways, disebabkan duit PT belum masuk, assignments mencanak-canak, stress tu ada di mana-mana.


aku belajar benda-benda ni pun dalam kelas Bimbingan dan Penasihatan under Dr. Aziz's teaching. that class is awesomely good.  :) We learned on how to be positive. dalam kelas 2 jam dia tu, positiflah aku.dah keluar kelas, erk.HAHA.


here you go...


1. letakkan jari tangan kanan di bawah bahagian mata kanan, begitu juga jari tangan kiri di bawah bahagian mata kiri. kemudian, gerakkan jari-jari anda itu ibarat anda sedang menaip atau menggunakan kalkulator. gerakkan jari sehingga ke bahagian tulang pipi. ulang sebanyak anda mahu. lakukan pergerakan yang sama di atas dahi dan dada. sambil buat gerakan tu, sebut dalam hati.. "saya makin tenang, saya makin kuat".


2. tutup mata anda, letak tangan di atas dada anda (gaya macam tarzan nak panggil kawan-kawan), kemudian bernafas ikut hidung selaju yang boleh. pastikan bila sedut udara (inhale), perut kembung dan hembus udara (exhale), perut kempis. buat sehingga anda lega.


3. tips pemakanan pula, waktu malam, makan atau minum sesuatu yang pahit seperti kopi kurang gula ataupun madu lebah asli.


4. FAKTA: 25% penyakit disebabkan oleh pemikiran negatif. Jadi, mari jadi positif kawan-kawan.  :)


5. Lazimkan sesuatu yang baik. This is because, kalau kita asyik ucap sesuatu yang negatif atau buat sesuatu yang negatif, ia akan jadi tabiat. We are talkking about repetition power. Makin banyak kita ulang sesuatu, makin mudah ia akan jadi kenyataan atau menjadi tabiat. Sebagai contoh, kalau kita asyik ulang tentang ketakutan kita terhadap hantu, pasti akan terjumpa juga nanti sebab repetition power meningkat, kuasa negatif tu pun akan bertambah menyebabkan imaginasi kita makin nakal menampakkan makhluk2 tak sepatutnya.




itu sahaja buat masa ni. yang penting, jadi positif. OK?  :)


2 comments:

SheNn said...

hehehe...sy tngah praktikkan ni..

effa_dila said...

shen laling:bagus2..suke kan kelas dye. hehehehe