my lovely pies

Monday, August 23, 2010

ayam masak kicap je..

ASSALAMUALAIKUM..

sila baca tajuk entri ini dengan muka mencebik (kalau tak tahu mencebik itu apa,sila semak kamus).

buka puasa hari ni, saya ke dapur menyediakan kobis goreng,sambal tomato dan ayam masak kicap 




resepi ayam masak kicap ni simple n insyaALLAH mengenyangkan.enak dimakan dengan nasi panas dan sambal tomato. mari memasak!


Ayam Masak Kicap
(untuk 4-5 orang makan)


Bahan-bahan:

1. ayam (setengah ekor) -gorengkan separuh garing-
2. bawang besar (3 biji)
3.bawang putih (2 ulas)
4. halia (sebesar ibu jari)
5.rempah (bunga lawang,kulit kayu manis,buah pelaga) -beli yg dalam peket tu-
6.serbuk lada sulah (1 sudu makan)
7.serbuk lada hitam (1 sudu makan)
8.sos tiram (2 sudu makan)
9.cili besar (2 batang)
10.kicap manis (ikut suka..sehingga capai tahap kehitaman yg diidamkan.haha)
11.garam (stengah sudu teh)
12.air asam jawa
13.daun sup +daun bawang
14.kentang (optional)


cara-cara:

1.blendkan 2 biji bawang besar,bawang putih,1/2 saiz ibu jari halia,lada sulah
2.dalam mangkuk lain,gaulkan ayam dengan sos tiram n serbuk lada hitam (biarkan sebentar, kalau nk lagi sedap...perap lama sikit)
3.tumiskan rempah,masukkan bahan yang dah diblender
4.masukkan bawang besar yang dihiris, halia yang dihiris n kentang
5.masukkan ayam
6.tmbahkan kicap dan garam
7.tmbahkan air
8.biarkan mendidih
9.taburkan daun sup+daun bawang
10.siap!


 snap...


snap lagi

2 comments:

mIsTa aLeH said...

wah sedap nye hee~
eppa wat r resepi sambal goreng plak hee~ =D

effa_dila said...

haha..insyaALLAH..mmg jawa eik?sambal goreng + ayam masak kicap=nasi ambeng