ASSALAMUALAIKUM
oh..how I love my life here. semester ni saya duduk di luar kolej dan saya bawa cekodok saya. apa itu cekodok?cekodok ialah nama panggilan bagi kereta saya. alasan bawa kereta pun sebab nak pergi kelas yang kebanyakannya dah pindah di PC yang ambil masa hampir 20 minit untuk sampai dari kediaman saya di sini.
tak sangka pulak, sejak bawak cekodok ni, banyak betul surat cinta yang saya terima. makin hari makin bertambah. yang paling bestnya, semua surat cinta tu pastinya ditinggalkan atas cermin kereta saya. apakah?adakah ini style baru? hanya mereka yang terlibat sahja yang tahu.
mari kita ikuti kes2 surat cinta ini.
lokasi: tempat parking PC
masa: 5 petang
sangat kelakar. entah bila pulak saya berhutang dengan encik ini. mungkinlah pernah pinjam seposen dua buat bayar pisang goreng mak cik gayah tapi takkanlah itu pun nak tuntut?ish3. haji bakhil betul. nak tahu tak ape lagi yang kelakar? punyalah penat saya cari siapa pulak gerangan peminat saya ni. belek punya belek, rupa2nya di belakang kertas ini ada senarai nama berserta nombor matrik. ceh.guna kertas cover assignment rupanya. vandalisme betul.hahahaha (mari gelak ramai2.)
lokasi: depan kampus
masa: kurang lebih 12 tghari
haha. kisah yang ni agak sadis. alkisahnya, pagi kejadian, saya terima 'surat cinta' dari pak guard kampus kerana beliau sangat mengagumi kasut saya. T_T. bolehkah still nak jadi defensive? "pakcik, saya tak pakai kasut sebab kaki saya sakit. melecet.tolonglah pakcik. pakcik nampak sungguh kacak lagi bergaya macam jalaluding hasang" (oh..I didn't say anything instead kerana agak terkesima ditahan.hua!). so, dipendekkan cerita yang memang takdelah panjang sangat tu, mood saya memang spoilt habislah kan. pagi2 lagi dah dapat 'surat cinta'. dalam pikiran genius ni bermain-main angka RM50, nilai yang harus saya bayar kelak walaupun atas 'surat cinta' tu hanya tulis amaran. ditambah pula assignment yang belum habis diedit n nak dihantar after majlis pagi tu. selepas semua benda2 ynag diperlukan untuk assgment sttled, bergeraklah saya dan kawan2 nak ke kereta, nak hantar assgnment tu di Taman Bernam. tiba2 kawan saya kata:
"effa, ada surat cinta lagi!"
dengan muka cuak ala-ala kambing Pak Mat tercekik biji nangka, saya lihat.memang saman.dari HEP. RM50 lagi.ha..balik rumah terus menitik air mata. (kisah benar!). stress+bengang+tak puas hati 2 kali diberi surat cinta dalam satu hari n total lost (expected)= RM100 dan ke atas. mana nak korek duit? argh!!
petang tu, dapat panggilan dari orang HEP mengatakan saya perlu tunaikan harga 'surat cinta' tu dalamkadar segera. bernegosiasi, berbicara, bertolak ansur..akhirnya baru kutahu, itu hanyalah 'surat cinta' dari peminat perempuan. pergh!!!! tak tahu nak rasa apa. ish3. anda berjaya!
lokasi: Tempat parking PC
masa: 5 ptg
YOU BETTER WATCH OUT!!! pergh!seram betul. ni memang betul peminat fanatik ni. yang ni pun memang agak terkesan la juga sebabnya sehari sebelum kejadian ni, cekodok saya diekori oleh sebuah kereta Wira pada pukul 7 petang. ikut sampai kawasan rumah sebelum di berlalu dan gelak2. sangat tak kelakar di situ!maka, bila tiba2 dapat surat cinta ni, memang cuak la kan. haha. tapi kelakar jugak.penulis surat cinta ni siap tulis, "nota ini bukan dari **** (nama dia)". haha.macam2. takpe. saya dah pun blaas surat cinta ni. kan ****?
lokasi: tempat parking PC
masa: 5 ptg
haha. yang ni saya puji.sangat beriltizam. yag kali ni memang usaha berkumpulan.nampaklah semangat berpasukan di situ. yang sorang tolong check line clear ke tak, sebahagian lain perah idea nak lukis apa, sorang lagi tolong letak atas cekodok saya. hebat! memang tinggi esprit de corp tuh. :) haha. adoilah.tergelak2 bila tengok balik surat cinta ni.
THE MORAL OF THE STORY:
anyone with car, please beware with these surat cinta. they might haunt u! hahahahahah.....
"kisah ini ada kaitan sama ada dengan yang masih hidup, yang suka makan coklat, yang dari Terengganu, yang suka lagu Impossible, yang suka 'likes this' kat FB., yang suka makan ayam masak kicap, yang suka berpolitik dan rakan2nya. lol. ;)
YOU GUYS MADE MY DAY <3
9 comments:
awwww comel laaah! hahaha
haha.comel yet senget kan?
kah kah kah kah!! Hutang bila mau bayar??? kah kah kah!!
kah kah kah!! hutang bila mau bayar!!?? kah kah kah
kah kah kah!! hutang bila mau bayar?? kah kah kah!!
nk gak epaw!ri glew s a ko..nk 1!
bwaha. giler psycho. ni kes ngorat eppa secara berjemaah dan berskala. he3.
*nedd pernah cabar kwn nedd selit no tepon dia kt keta guy yg dia minta. and she did. cis.jdi kawan pulak skang. nasib kawan je. ha3
adam:perlu ke sampai 3 kali pos?haha.memang nk kene eik korg.nanti.tunggu~
dayah:haha..tu sume kwn2 aq
nedd:haha.gilak la. tapi yg 4 kes ni, sume classmates epa punye keje.hahaa.
wey!! mana gambar polis yg den lukih arituh?? buat penat jer.. demit!!! sabar je la xnak gtau org lain pasal tu kan.. sabar jer la..
Post a Comment