ASSALAMUALAIKUM
ini merupakan cerpen pertama nukilanku pada Bulan November 2010. hanya sebagai peringatan buat kita semua juga diri ini betap kasih ibu dan ayah tak hanya bergantung pada ucapan.
“eeee..geramnya aku. Semua benda nak buat, tak boleh. Semua tempat nak pergi, tak boleh.”, bentak Milah marah.
Marah betul Milah pagi itu. Mana tidaknya, kali ini saja, sudah hampir 5 kali permintaannya ditolak oleh ibu dan ayahnya. Biasalah, anak remaja sepertinya pasti mahu berjalan-jalan, lepak-lepak bersama-sama sahabat. Takkan mahu teperuk di rumah ibarat katak di bawah tempurung, katanya. Acapkali permintaannya tidak dituruti. Pabila dia mahukan sesuatu, “penting sangat ke?bukan ayah tak mahu bagi, tapi ayah belum dapat gaji. Nanti-nantilah ye”. Pabila dia mahu ke sesuatu tempat, “tak perlulah ye. Duduklah di rumah. ibu dan ayah tak sukalah tengok Milah keluar bebas sangat ni.”. Langsung tiada kebebasan yang dirasai. Dia lemas. Dia serabut.
“sabarlah Milah.rileks..rileks…”, pujuk Jijah, sahabat karibnya.
“macam manalah aku nak rileks. Selalu sangat dah macam ni. Aku bukannya budak kecik lagi, ish. Tolonglah faham yang aku ni dah 20 tahun. Tahulah aku nak jaga diri. Orang lain tu pun ade gak mak ayah tapi tak ada pun aku dengar hidup diaorang kena kongkong macam aku ni. Huh!”, getusnya lagi.
“Milah, dahlah tu. Tak baiklah kau cakap macam tu, " pujuk Jijah lagi sebelum mereka berdua berjalan ke kedai runcit berhampiran.
Milah gadis yang cukup bertuah. Menjadi anak perempuan tunggal di dalam keluarganya, dia dimanja dan cukup disayangi oleh ibu dan ayah serta adik beradiknya. Pada umur yang muda, hampir kesemua benda telah dimilikinya. Tidak pernah langsung dia tidak cukup makan mahupun pakaian. Milah juga cukup bertuah kerana dikurniakan sahabat-sahabat yang baik yang sentiasa menasihatinya namun kadangkala Milah terlalu ego sehingga dia merasakan segala nasihat yang diberikan hanyalah sebagai bukti kelemahan dirinya.
_______________________________________________________________________________________
“abang, sakit kepala tu dah kurang?” sapa lembut si ibu.
Ayah angguk kepala sambil tersenyum. Ayah masih kuat. Walaupun umurnya sudah hampir 55 tahun, dia masih gagah. Rambutnya yang makin hari makin dipenuhi dengan uban itu tidak langsung menjadi alasan untuk dia tidak bekerja keras demi keluarga tercinta. Ibu tidak bekerja. Dia mengusahakan perniagaan makanan secara kecil-kecilan. Kedengarannya, sesuatu yang menguntungkan. Namun hakikatnya, dengan tenaga yang sudah tak seberapa itu, dengan terpaksa menanggung penyakit seperti darah tinggi dan sedikit gangguan pada paru-parunya, menidakkan pendapat orang bahawa mereka yang terlibat dengan perniagaan sebegitu pasti mendapat untung yang banyak. Pun begitu, ibu cukup bahagia. Hidup bersama suami tercinta yang dikahwininya hampir 25 tahun dahulu, mereka dikurniakan 4 orang cahaya mata. Farid, yang sulung sedang menuntut di sebuah universiti di luar negara dalam bidang Farmasi, manakala Milah pula anak kedua yang masih lagi menuntut di universiti tempatan dalam bidang yang diminatinya, Perakaunan. 2 orang lagi anak mereka ialah si kembar, Amir dan Aizat yang masih bersekolah. Dengan pendapatan yang tidak menentu ditambah dengan kesihatan ibu yang turun naik tak menentu, kadangkala masalah kewangan turut timbul. namun, tak pernah sekalipun ia dinyatakan pada anak-anak. kasihnya mereka.
Biasiswa yang diterima oleh abang kadangkala tidak mencukupi bagi menampung kos kehidupannya yang tinggi di sana. Abang kadangkala berniaga kecil-kecilan bersama-sama teman-teman kuliahnya apabila universiti mengadakan sambutan-sambutan khas seperti Hari Terbuka, Minggu Malaysia dan sebagainya. Namun, kebiasaannya ibu dan ayah pasti akan mengirimkan wang sekurang-kurangnya RM1000 sebulan bagi menampung pembelajaran abang. Bagi Milah pula, dia tidak memerlukan wang perbelanjaan yang banyak kerana yuran pembelajarannya tidaklah semahal abangnya.
______________________________________________________________________________________________
suatu pagi..
"Ayah, Milah nak keluar dengan kawan-kawan tengah hari ni ye. bolehlah yah, bolehlah. Milah janji, sebelum malam Milah balik." pinta Milah manja.
"tak perlulah keluar ye Milah. Ibu tu pun tak berapa sihat. Ayah ada tugasan luar lepas ni. duduk di rumah je la ye," balas ayah.
kali ini, Milah tak mampu lagi bersabar. Darah mudanya mula membuak-buak, meminta dia untuk luahkan sahaja apa yang terbuku di dalam kalbu yang selama ini dipendam erat dan hanya diluahkan pada Jijah, sahabat karibnya.
"ayah ni, selalu macam ni. apa yang Milah nak buat, semua tak boleh. kalau Abang Farid tu, semua dia dapat. abang tu dah besar panjang, tapi ibu dan ayah selalu je bagi duit banyak-banyak kat dia. Milah ni, Milah tak mintak pun duit ke ape dari ibu dan ayah. Milah just mintak izin nak keluar dengan kawan-kawn. itupun tak boleh. eee...Milah tak pahamlah!", bentak Milah dengan nada yang cukup tinggi, berlari ke biliknya dan menghempas pintu sekuat hati.
Ayah mengurut-urut dadanya. Tanpa disedari, air mata si ayah tumpah.
beberapa jam kemudian, Milah masih lagi tidak keluar dari biliknya.
"Milah, mari makan, nak. semua dah ada kat meja tu. Tunggu Milah je ni. ibu ada masakkan makanan kegemaran Milah, asam pedas ikan pari. Marilah", pujuk ibu lembut.
"ayah, laparlah. jomlah makan, " rengek si kecil, Aizat.
"kejap ye. Tunggu Kak Milah", balas ayah lembut.
"abang, tak apalah. marilah kita makan. masih marah agaknya tu," ibu kembali ke meja makan tanpa Milah. sayu si ayah.
Milah di dalam bilik menangisi nasibnya yang acapkali dikongkong tanpa dia sedari ibu dan ayahnya juga menangis di dalam hati melihat keadaan dirinya.
empat hari telah berlalu selepas kejadian itu, sudah tiba masanya untuk Milah pulang ke universiti kerana cuti semester telahpun tamat.
"ibu, ayah, Milah balik dulu ya. jaga diri tau," ucap Milah.
"Milah, ambil ni, guna sebaik-baiknya ya. Kalau tak cukup lagi, beritahu ayah," ayah hulurkan not RM200 sambil mengusap lembut kepala Milah.
"terima kasih!", ucap Milah kegirangan lalu memeluk erat ibu dan ayah serta si kembar, Amir dan Aizat. bahagia sungguh dirasakan.
______________________________________________________________________________________________
Sudah menjadi rutin ayah untuk bangun seawal 3 pagi untuk membantu ibu menyiapkan hidangan-hidangan sarapan pagi untuk dijual di 'gerai pacak' berhampiran rumah. ayah kebiasaannya akan bangun untuk menggoreng telur sebanyak 20 hingga 30 biji sebelum menanak nasi lemak. selepas itu barulah ayah akan kejutkan ibu pula untuk menyiapkan barang-barang lain. Ayah kemudian akan berehat sebentar sementara menunggu waktu Subuh. Ayah akan membantu ibu membawa barangan-barangan tersebut ke gerai dalam perjalanannya ke surau untuk solat Subuh berjemaah sebelum pulang ke rumah memastikan Amir dan Aizat sudah bersedia ke sekolah. Itulah rutin ibu dan ayah setiap hari.
Hati ayah cukup tersentuh tatkala melihat susuk tubuh isterinya yang semakin hari semakin mengecil kerana dirinya tidak terlalu sihat. Namun dia mengerti yang dia tak mampu menghalang isteri yang dikasihinya itu daripada berhenti dari berniaga kerana itulah mintanya dan isterinya itu masih mahu meneruskan perniagaan bagi membantunya. Mulia sungguh hati si isteri, Lafaz sehidup semati, susah senang bersama diharungi yang diucapkan semasa akad nikah mereka 25 tahun yang lalu masih dipegang hingga kini.
Suatu pagi...
"aduh, lif tak berfungsi. macam mana ya?" ayah gusar.
"tak mengapalah bang, abang angkat sedikit dan yang lain-lain biarkan saya, Amir dan Aizat yang bawa turun.", cadang ibu tenang.
"eh..jangan kejutkan si kembar tu. Penat mereka malam tadi pulang dari kelas tambahan lambat. Biar abang bawa semua. Awak bawa saja bakul tu," jari telunjuk ayah menunujukkan ke arah sebuah bakul sederhana besar dipenuhi barang-barang berniaga.
kedudukan rumah mereka di tingkat 8 rumah pangsa itu sememangnya menyukarkan ayah untuk membawa barang-barang berniaga itu turun apabila lif tidak berfungsi. Tambahan pula barangan tersebut sememangnya berat dan memerlukan ayah untuk turun dan naik tangga sebanyak 2 kali. Namun digagahkan juga walaupun beberapa kali ayah hampir terjatuh kerana kakinya menggigil menampung berat di kanan dan kiri tangan. Berulang kali juga ayah berhenti melepas lelah sambil menahan sakit di dada dan abdomennya yang makin lemah dimamah usia. Tetap jua, ayah teruskan.
____________________________________________________________________________________________
"ayah, Milah nak pergi camping minggu depan. duit tak cukup lagi RM100 la. ayah nak tambahkan tak?hehe," tanya Milah manja melalui telefon.
"oh..ye ke? ok. nanti ayah bank-in ye." ringkas ayah membalas.
"terima kasih ayah. sayang ayah!" ucap Milah membuatkan ayah tersenyum lebar.
_____________________________________________________________________________________________
Hari berganti hari. Tinggal lagi 3 hari sebelum Milah dan rakan-rakannya ke perkhemahan anjuran pihak universiti. Milah begitu teruja. Barang-barabg telah hampir tersedia dikemas. Sebegitu girang sekali di hatinya. Sedang dia menikmati sarapan pagi sebelum bergerak ke kelas pagi itu, telefon bimbitnya berdering. lagu Secret dendangan One Republic berkumandang. tertera pada skrin telefonnya, 'ayah'.
"assalamualaikum ayah. awalnya telefon Milah. hehe," sapa Milah.
"Milah tak nak balik ke hujung minggu ni?", tanya ayah.
"ha? kan Milah ada camping. ayah lupe ke?" Milah soal kembali.
"ayah minta maaf Milah. tapi, Milah baliklah ye. Ayah, ayah..urm..ayah rindukan Milah." terang ayah lembut.
"ayah ni, kan Milah dah cakap yang Milah ada camping. Milah dah janji dengan kawan-kawan. lagipun kan Milah dah balik cuti semester baru-baru ni, takkanlah nak balik lagi. ish..ayah ni. ni yang Milah tak suka. ayah selalu macam ni. mula-mula bagi lepas tu tak bagi pulak. Milah tak pahamlah dengan ayah ni! ok lah ayah, Milah nak ke kelas. assalamualaikum.", Milah matikan talian lalu berlalu ke kelas.
Ayah terkesima di hujung talian.
______________________________________________________________________________________________
"ibu, ayah. Milah dah dalam bas. on the way ke tempat camp. pray for me ya!", ringkas pesanan Milah melalui SMS ke telefon bimbit ayah.
gembira sungguh Milah. Ramai kenalan baru yang dikenalinya. aktiviti-aktiviti yang dijalankan juga menarik.
"Milah, mari makan." ajak Jijah, sahabatnya.
"ok! " ringkas Milah menjawab sambil berlari-lari anak ke khemah makanan. tiba-tiba,
"aduh!" , kaki Milah tersadung pada sebuah kotak besar lalu terjelepuk ke tanah. Lebih memburukkan keadaan, lututnya terkena anak-anak paku yang bertaburan di tepi kotak itu. pedih. sakit.
Milah termenung sendiri di dalam khemah rawatan. Tergerak hatinya untuk meraba poket begnya mencari telefon bimbit.
' 10 missed calls' dan ' 5 new messages'. terus sahaja Milah perikasa siapa yang menghubunginya. ternyata kesemua panggilan dan mesej ialah dari ibu dan abangnya, Farid. hatinya semakin gundah. perlahan-lahan Milah membaca mesej, "Ya Allah!", Milah separuh menjerit.
______________________________________________________________________________________________
"wad B, bilik 7"
di situlah Milah nampak seluruh ahli keluarganya berkumpul. Ibu, Abang Farid, Amir dan Aizat. Di situ jugalah ayah terbaring lesu. tiada lagi senyuman manis ayah. tiada lagi tubuh badan yang kuat seperti dulu. yang ada hanyalah seorang lelaki yang lesu, anggota badannya tersambung dengan wayar-wayar mesin yang langsung tidak Milah ketahui kegunaannya.
"ibu!", Milah berlari ke arah ibunya sambil terhincut-hincut menahan sakit luka di lututnya yang masih terasa. Ibu dipeluk erat. air mata mereka berdua tumpah ke pipi.
"Ibu, ayah sakit apa?kenapa ibu tak pernah beritahu yang ayah sakit? kenapa bu? kenapa? abang, abang pun tahu ayah sakit? kenapa abang tak beritahu Milah? abang kejam, abang kejam!," Milah makin menggila. air matanya tidak mampu lagi ditahan dari mengalir. sebak di dadanya semakin membuak-buak.
"kakak jahat. kakak selalu buat ayah menangis. kakak yang kejam." pekik si kecil, Aizat.
"Aizat, jangan biadab!" bentak ibu lalu memeluk erat anak lelakinya itu.
"adik, kakak tak tahu, kakak...", belum sempat Milah menghabiskan penjelasannya kepada adik kecilnya itu, mesin itu berbunyi.
tett...tett...tet...
bunyi itu satu petanda. petanda yang membuatkan ibu semakin galak menangis. petanda suami tercintanya itu takkan lagi bisa membantunya dalam urusan seharian. petanda suami tercintanya itu takkan mampu lagi menyuapkan makanan ke mulutnya tatkala dia sakit. petanda suami tercintanya itu tak mampu lagi membuatkan dirinya tersenyum dengan jenakanya ketika tekanan melanda.
"Milah, ayah sakit jantung", bisik abang di telinga Milah tatkala Milah hampir rebah mendengar bunyi mesin itu. Dunia Milah gelap.
______________________________________________________________________________________________
Sudah hampir 3 minggu ayah meninggalkan Milah dan keluarga. 3 minggu jugalah Milah dihantui rasa bersalah. masih terngiang-ngiang permintaan ayah satu ketika.
"ayah minta maaf Milah. tapi, Milah baliklah ye. Ayah, ayah..urm..ayah rindukan Milah."
ungkapan yang Milah rasakan pelik sama sekali. Namun kini barulah Milah mengerti mengapa ayahnya bertindak sedemikian. Mungkin ayahnya dapat merasakan itulah kali terakhir dia akan dapat mengusap kepala Milah, bergurau bersama Milah, makan bersama Milah dan berkongsi cerita di waktu malam bersama Milah dan ahli keluarga yang lain sebelum mereka semua masuk tidur. Namun apa kan daya, Allah lebih mengasihi ayah.
"Milah, ibu nak berikan sesuatu kepada Milah. ibu harap Milah mampu tabahkan hati sebagaimana ibu, Abang Farid, Amir dan Aizat mampu." teguran ibu mematikan lamunan panjang Milah.
sepucuk surat yang dilipat rapi disambut Milah.
tertera tulisan tangan ayahnya di atas sampul surat itu,
buat anak perempuanku yang disayangi.
perlahan-lahan Milah membuka surat tersebut. surat bertarikh 14 Oktober, 2 hari sebelum dia ke perkhemahan itu dibacanya tenang.
Assalamualaikum puteriku tersayang,
Pertama sekali ayah ingin memohon maaf sekiranya surat ini bakal mengganggu emosimu, anakku. Bukan niat ayah untuk berbuat demikian. Ayah juga tak mengerti mengapa tiba-tiba hati ayah tergerak untuk menulis warkah ini. Allah Maha Mengetahui, anakku. Milah, sejak akhir-akhir ini ayah seringkali rasa tidak sedap badan. Mungkin demam biasa, mungkin sakit kepala biasa tapi ayah dapat rasakan tiada yang biasa dengan kesakitan ini anakku. Ayah dapat rasakan sakit ini satu petanda. Petanda bahawa selepas ini perjuangan ayah menjaga keluarga kita akan dilepaskan kepada ibu dan abangmu. Allah Maha Mengetahui, anakku.
Milah, ayah mohon maaf kerana tak benarkan Milah keluar dengan rakan-rakanmu pada beberapa minggu yang lepas. Bukan ayah mahu mengongkong. Jauh sekali menghalang kebebasanmu wahai puteriku. Namun, pada waktu itu, ibumu sakit dan ayah pula perlu ke hospital untuk rawatan susulan. Jika ayah biarkanmu keluar, bagaimana ibu di rumah, anakku? Cukuplah ayah menderita sendiri namun takkan sekali ayah biarkan ibumu juga merasa. maafkan ayah, anakku. ayah sendiri tersentuh melihat dirimu menangis kerana tak dapat bersama rakan-rakanmu. ayah rasa cukup lemah kerana tak mampu memberitahu dirimu perkara sebenar kerana ayah tahu pasti dirimu tak mampu menerima semua ini, anakku. ayah rela menangis sendiri daripada melihat air mata berhargamu itu jatuh keranaku, anakku.
Milah, ayah mohon maaf kerana mengganggu emosimu baru-baru ini, anakku. bukan niat ayah mahu memaksamu pulang ke rumah setelah dirimu begitu teruja mahu ke perkhemahan itu, anakku. Cuma..cuma ayah dapat rasakan ayah takkan sempat lagi bertemu denganmu selepas ini, anakku. Ayah tahu, mungkin permintaan ayah membuktikan ayah terlalu pentingkan diri sendiri, anakku. ayah tahu itu. maafkan ayah anakku. maafkan ayah.
Milah, andai benar ini kali terakhir dapat ayah berbicara denganmu, ayah sekali lagi ingin memohon maaf kepadamu puteriku. Ayah menyayangi kesemua anak-anak ayah. Namun kerana milah satu-satunya puteri di dalam keluarga, ayah sedar yang ayah perlu ingatkan Milah tentang beberapa perkara.
1.jagalah solatmu anakku. ayah mungkin mampu berikanmu kemewahan dunia. ibu mungkin mampu memberikanmu kasih sayang sempurna namun sedarlah anakku bahawa tiada yang lebih sempurna dari kasihnya Allah yang Satu. demi mendapatkan kasihNya itu, tunjukkan dulu kasihmu padaNya dengan solat ya, anakku.
2. jagalah pergaulanmu anakku. Milah, ibu melahirkanmu 9 bulan. 9 bulan ayah saksikan ibumu berdepan dugaan. 9 bulan ayah kadangkala menangis melihat ibumu menahan kesakitan. oleh itu, hargailah perjuangan ibumu itu dengan menjaga keperibadianmu. tiada guna dirimu dijaga sempurna jika akhirnya dimusnahkan oleh nafsu diri, anakku.
3. jagalah ibu, abang, serta adik beradikmu. kasihi mereka sebagaimana ayah cuba sedaya upaya kasihi. cukuplah sekadar menjaga kesihatan ibumu itu. jangan biarkan ibu buat kerja-kerja yang terlalu berat. rajin-rajinlah bertanya khabar ya, anakku.
4. terimalah nasihat dan teguran. ayah manusia biasa, dirimu juga manusia biasa, anakku. takkan pernah sempurna. oleh itu, nasihat dan teguran mampu membantu dirimu mencari kesempurnaan itu, anakku. dirimu itu menjadi kebanggaan keluarga dan adik beradik. baikilah diri dengan menerima segala teguran yang baik ya, anakku. belajarlah sungguh-sungguh. kejayaanmu bakal menjadi hadiah cukup bermakna buat ayah dan ibu selepas kelahiranmu, anakku.
Milah, sebelum ayah mengakhiri warkah ini, ingin ayah nyatakan. mungkin ayah tak mampu mendengar lagi rengekan manjamu pabila dirimu dilanda masalah, mungkin ayah tak mampu berkongsi kegembiraan tatkala dirimu berjaya mengakhiri pengajianmu, mungkin ayah tak mampu mewalikan perkahwinanmu, mungkin ayah tak mampu melihat dirimu bahagia bersama keluarga barumu pabila dirimu bertemu jodohmu kelak, namun yang pasti, kasih sayang ayah buatmu takkan pernah padam. berjanjilah anakku, berjanjilah agar dirimu akan sentiasa mendoakan keluargamu.
yang menyayangimu,
ayah
Subhanallah.
kasihnya ayah. "ibu, Milah mohon ampun ibu," ibu dipeluk erat. kepala anaknya itu diusap lembut dan dikucup beberapa kali. esakan Milah semakin jelas.