my lovely pies

Saturday, November 6, 2010

surat cinta untuk awak

 ASSALAMUALAIKUM

pagi ni aku bangun tiba-tiba rasa sayu. ilham datang untuk menulis. kalau sudi, bacalah. 


ke hadapan kekasihku yang amat kucintai,

Hampir sebulan kita tak bertemu,
rindu rasa di hatiku,
tiap waktu kerenung, kuimbas kembali saat bersamamu,
indahnya di kala itu.


awak,
saya rindu sangat pada awak,
saya rindu untuk berbual dengan awak di dalam telefon,
manja suara awak,
buat saya tersenyum sentiasa,
rengekan awak,
buat saya terbuai-buai seketika.

awak,
saya rindu nak dating dengan awak,
rindu nak berpegangan tangan dengan awak,
lembutnya tangan awak,
umpama kapas.
saya rindu nak belai rambut awak,
harum benar,
ikal mayang mengurai.

awak,
saya rindu nak call awak sebelum tidur,
bila awak kata,
"goodnight baby, love u so much..mmuahx",
aduh!
macam-macam saya bayangkan waktu tu,
nakalnya saya, rindulah kat awak.

awak,
saya rindu untuk berdua-duaan dengan awak,
naik moto berdua dengan awak,
ke taman berdua dengan awak,
tengok wayang dengan awak,
saya rasa
dunia ini milik kita berdua saja waktu itu,
rindu sangat dengan awak.

tapi..tapi kan awak..

itu semua dulu,
sebelum saya terpisah dari awak,
awak menangis,
awak sayu,
hampir rebah awak di tepi jalan itu.

dunia kita sudah berbeza,
dunia saya sekarang lain dari dunia awak,
setiap hari awak menangis rindukan saya,
setiap hari saya menangis diseksa,
saya menyesal awak,
namun tiada gunanya.

saya teringat kembali
apa yang saya rindukan
waktu saya masih di dunia awak,
oh ternyata,
rindu itu penuh perangkap,
saya biarkan nafsu membina rindu itu,
rindu itu penuh dosa,
saya biarkan iman goyah merentap rasa itu.

bila saya di dunia yang saya berada sekarang,
baru saya sedar apa yang saya rindu.


awak,
saya rindu sangat pada awak,
saya rindu untuk berbual dengan awak di dalam telefon,
manja suara awak,
buat saya tersenyum sentiasa,
rengekan awak,
buat saya terbuai-buai seketika.

BUKAN! 

saya rindu pada Tuhan,
saya rindu untuk membaca kata-kataNYA,
di dalam kitab itu,
sungguh menenangkan,
sungguh menginsafkan.

awak,
saya rindu nak dating dengan awak,
rindu nak berpegangan tangan dengan awak,
lembutnya tangan awak,
umpama kapas.
saya rindu nak belai rambut awak,
harum benar,
ikal mayang mengurai.

BUKAN! 

saya rindu masa-masa kita dating dulu,
sebab,
masa itu mungkin saya boleh gunakan untuk
perbetulkan diri kita,
tangan saya yang memegang awak itu,
mungkin mampu saya sembunyikan,
rambut awak yang cantik itu,
mungkin mampu saya hadiahkan hijab menawan,

awak,
saya rindu nak call awak sebelum tidur,
bila awak kata,
"goodnight baby, love u so much..mmuahx",
aduh!
macam-macam saya bayangkan waktu tu,
nakalnya saya, rindulah kat awak.

BUKAN!

saya rindukan beberapa minit sebelum tidur,
membaca ayat-ayatNYA,
menyingkap kembali dosa seharian yang telah dilaksana,
mengucap kalimah syahadah,
andai terlelap selamanya.

awak,
saya rindu untuk berdua-duaan dengan awak,
naik moto berdua dengan awak,
ke taman berdua dengan awak,
tengok wayang dengan awak,
saya rasa
dunia ini milik kita berdua saja waktu itu,
rindu sangat dengan awak.

BUKAN!

Subhanallah!

ini yang paling saya rindukan.
saya rindu untuk berdua denganNYA,
di atas hamparan sejadah,
dunia saya hanya Dia,
akhirat saya hanya DIA,
saya rindu untuk merendah diri menghadapNYA,
bukannya lama,
5 waktu sehari saja,
rindunya..
rindunya..


NAMUN,
telah terlambat semuanya,
diri ini sudah berlainan dunia,
awak masih di sana,
sempat berubah cita,
sempat berubah jiwa,
sempat lagi awak.
jangan lagi ada saya yang kedua,

SELAMAT TINGGAL SELAMANYA.

yang benar,
kekasihmu di dunia

Tanah Perkuburan Islam,
Jalan 2, lorong Raja Abdul,


*hanya sebagai renungan,aku jua tak sempurna*- effa

5 comments:

cHoc0^miNT said...

effa..i like berganda2..nice one...tersentuh..

effa_dila said...

thanx dearie. sharing my thought only. :)

.::annemishi::. said...

sukaaaaaa.... :D

effa_dila said...

thanx dearie :)

..Yaya La Poupée.. said...

uniknye puisi nie... serious... sgt bermkne... n besh2!!! wt mcm ni bnyak2 lg taw.. sonok nk bce.. hee~