my lovely pies

Saturday, June 5, 2010

mari lunch

ASSALAMUALAIKUM..

sekali lagi..merajinkan diri di kala kebosanan..dah jemu makan nasi..tiba2 rasa nak makan bihun pula.. so..decided to make bihun sup..ameng kata..tak sedap kalau buat bihun sup tak ada begedil..haha..malasnya nak buat begedil walaupun memang sangat2 suke makan begedil..fikir punya fikir..ok la..buat juga..n tambah lagi dengan sambal kicap..meh2 kita share resepi..:)


bihun sup..


"okay puan2 di rumah..hari ni wan nak tunjuk"...eh..masuk karakter Chef Wan pulak..okay..mari kita mulakan dengan resepi bihun sup..tak kisahlah anda nak cuba atau tak,yang penting anda kena cuba..cuba..cubalah..please..haha

bahan-bahan (untuk 3 orang makan)

 * bihun (sila rendam ye..)


A.bawang merah (3 biji) -sila tumbuk-
B. bawang putih (3 ulas) -tumbuk juga-
C. halia (sebesar ibu jari) -tumbuk lagi-
D. bunga cengkih (suka hati)
E.bunga lawang (suka hati)
F.kulit kayu manis (satu cukuplah)
* daun bawang (suka hati)
*daun sup (suka hati)
*taugeh (suka hati lagi)
* sup bunjut (optional)
* ayam/daging (suka hati lagi)
* sawi (beberapa batang)
* perencah sup (sepeket kecil)
* perencah kurma (1 sudu makan)

cara-caranya


1. panaskan minyak
2. tumiskan bahan  A-F sehingga naik bau
3. masukkan ayam atau daging n biarkan sehingga agak empuk
4. masukkan air mengikut takat yang disukai (nak kuah banyak..letaklah air banyak)
5. masukkan sup bunjut, perencah sup n perencah kurma
6.biarkan mendidih n tambah garam,serbuk perasa dan sayur sawi
7.siap!




kalau makan bihun sup, saya wajib makan dengan sambal kicap..so..ini resepi sambal kicap yang ibu saya ajar..simple tapi memang best..kalau nk makan sambal kicap ni buat pencicah pisang goreng ke, keledek goreng ke, tempe goreng ke, ok gak.

sambal kicap


bahan-bahan: 




* bawang putih (2-3 ulas)
* cili merah besar (5-6 batang)
* cili api (7-8 batang)
* limau nipis (3-4 biji) -ambil jusnya-
* kicap manis
*secubit gula

cara-cara:

1. (tumbuk atau guna blender kering) bawang putih, cili besar n cili api juga secubit garam)
2. keluarkan bahan yang sudah diblender tu n letak dalam mangkuk
3. tambahkan jus limau nipis n kicap manis dalam mangkuk tersebut n digaul rata


resepi seterusnya..


begedil (ayam)

bahan-bahan:


* ubi kentang -buang kulit n potong-(3 biji)
bawang merah (1 biji)
* isi ayam (direbus n dihiris)
* daun sup -hiris halus- (setengah genggam)
* daun bawang -hiris halus- (setengah genggam)
* telur ayam -untuk dicelup- (sebiji)
* garam (suka hati)
* lada sulah n lada hitam (serbuk)
* bawang goreng


cara-cara:

1. goreng kentang sehingga agak empuk n jangan terlalu garing
2. angkat kentang tu n ketepikan
3. goreng bawang

4. angkat bawang tu n ketepikan
5. tumbuk kentang yang dah digoreng tadi guna lesung batu (tumbuk hingga betul2 lumat)
6. letakkan di dalam mangkuk
7.masukkan lada sulah,lada hitam, garam,daun bawang n daun sup ke dalam mangkuk berisi kentang yang dah ditumbuk tu
 8.bentukkan bulat ke,leper ke,love ke..suka hatilah
 9.pecahkan telur dalam mangkuk lain
10.celurkan begedil yang dah dibentuk tadi dalam telur yang dah dipecahkan

11.gorengkan dalam minyak yang panas (api sederhana)

12. siap!


cara hidang bihun sup n begedil ayam..


1. letak segenggam bihun dalam mangkuk
2.letakkan taugeh,daun bawang,daun sup, bawang goreng, begedil n sambal kicap ke atas bihun
3. tambahkan sup




seronok sangat tengok ibu tambah dua kali bihun sup n begedil, aziq pun suka..hehe..so kawan2, cubalah..kalau nk pikat hati suami ke, ibu ke,ayah ke,hehe..boleh jamu ramai..berbaloi2..:)




Friday, June 4, 2010

mari breakfast

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ini saya di rumah..bila dah bosan..saya ke dapur dan menyepahkan dapur..haha..pagi ni teringin nak makan something simple yet mengenyangkan..so..datanglah idea nak makan roti telur..tapi..malas lah pulak nak celur roti dalam telur n goreng satu-satu..akhirnya..

ini ialah resepi sendiri..namanya..Roti Suka Hati..haha..cool tak nama roti nih..well..rasanya ala2 roti john tapi yang ni best sikit kot sebab dia best.eh..tiba2..haha..tujuan resepi ini dipublishkan di sini ialah untuk menyeru kawan2 supaya cuba..simple je..kalau sesiapa yang lapar tapi malas nk pergi beli makanan..cubalah..:)

p/s:kuali saye mmg klasik n agak huduh..bukti sudah sekian lama digunakan..hukhuk..

bahan2..



1.Roti biasa (yang gandum@wholegrain punya) -2 keping-
2. telur -1 biji-
3.bawang merah -1 biji-
4. lada hitam -sedikit-
5.garam -secubit-
6.rempah kari -suku sudu makan-
7.marjerin@planta 
8. cili api -suka hati
9.timun
10.sos cili,sos tomato,mayonis

cara-caranya:
 
1. pecahkan telur dalam mangkuk, masukkan  bawang, rempah kari n garam. pukul n gaulkan sebati..


2. panaskan kuali, masukkan setengah sudu marjerin
3.masukkan telur yang dah dipukul tadi


4.goreng sehingga keperangan 


5.angkat


untuk rotinya..

1. sapukan marjerin pada roti.
2.panaskan kuali..
3.letakkan air paip @ air masak sebanyak satu sudu 



4.letakkan roti pada bahagian tepi dalam kuali (jangan biarkan terkena air)

***kenapa letak air?..***
***untuk memastikan kulit tepi roti lebih garing***

5. bila air dah kering..angkat roti..

sesi akhir..

1. letakkan sos cili,sos tomato,mayonis ke atas roti 
2.letakkan telur tadi
3. letakkan lagi sos2 n mayonis, timun


4.tutup dengan sebahagian lagi roti.


5.taburkan dengan serbuk lada hitam 

SIAP!

makanlah anda..:)



Monday, May 31, 2010

sweet disaster

ASSALAMUALAIKUM..

sweet disaster?irony..disaster tapi sweet?yeah..supposedly hari tersebut ialah sweet day tapi ade pule minor disaster terjadi..

tarikh:29 Mei 2010
tempat kejadian: Pagar Masjid ******* , Kuala Lumpur (rahsia!)
masa:around 1 pm
mangsa:pagar masjid n keretaku :(

yeah..plan awal ialah untuk ke Wangsa Walk Mall bersama2 sahabat sekolahku, tiqa n qaqa.after ambil tiqa kat Sri Rampai..ambil pula qaqa kat Danau Kota.waktu nak ambil qaqa tu la kejadian ini berlaku.alkisahnye begini...


sebenarnye tersalah jalan..i mean..terlajak..so nak u turn..masuklah masjid sebab bajet boleh keluar ikut pintu belakang masjid n masuk semula ke jalan yang betul utk ambil qaqa.KEBENARAN!pintu pagar tu extremely kecil..situlah tempat masuk n situ jugalah tempat keluar..waktu masuk ok je..steady..waktu keluar..dengan confidentnye.."yakin betul abg aznil..saye kunci lirik ini!"..drivelah keretaku keluar..tiba2.."scretttttttttttttttcchhhhhhhh" (bunyi yg sangat tak best)..dalam hati dah boleh agak bende tak best terjadi..

tiqa: epa,ko tak rase ke ko langgar sumthing?
effa: (muke cuak)..ye ke? (padahal dah tau..tapi xnak tengok sbb cuak sgt)
tiqa: x nak check ke?
effa: perlu ke?(muka cuak lagi)..tolong checkkan..(muke makin cuak)

beberapa saat kemudian..

tiqa:epa..calar n terkopak..
effa:ha?teruk ke? (muke makin pucat)
tiqa:angguk dengan muka penuh simpati terhadap kepucatan n kecuakan ku..

hua..terus hilang mood..sambil memikirkan bagaimana mahu menyelesaikan masalah itu..tercengang daku sambil tangan masih lagi memegang stereng.dahlah sebelum aq bergerak keluar tadi,ayah baru saje hantar kereta tu ke car wash.tup2..aq bawa..habis calar..hua.. tiqa cuba menenangkan aq yang memang tenang.haha..perjalanan mengambil qaqa diteruskan.selepas tu..terkedek2 mencari bengkel..OMG!lupa pula..hari cuti kot.Hari Wesak.dengan selamba badaknya, tetap juga drive masuk ke sebuah bengkel..pekrjanya, seorang abang India n seorang abang Cina terpinga2 melihat keretaku menderu masuk ke bengkel mereka..

setelah bernegosiasi..akhirnya mereka sudi bantu..sikit je la bantuannya tapi bolehla tahan..selepas bayar RM5 untuk ikat balik bahagian kecil kat bumper yang terkopak tu..mereka pun menerangkan dengan lebih lanjut n terperinci kos yang perlu ditanggung utk bahagian yang calar pula.

uncle: "kalau u mau buat ini ha (sambil tunjuk bahagian calar)..ambil masa satu ari wo..tapi kami tak boleh buat ini hari wo..cuti ma..kos dia rm400"

WHAT?mahal gila!

uncle: (setelah melihat muka terkejut cimpanziku).."tapi kalau u mau survey bengkel lain dulu pun ok..sebab kami pun tak boleh buat ini hari"

sebelum beredar..sempat abang India tu berkata: "ok adik..baik2 ha..jangan menangis tau"..

argh!stress!

pergi pula ke bengkel seterusnya..tanya punya tanya punya tanya punya tanya..uncle tu kata..kos dia rm 200. (murah sikit)..tapi still aq tak mahu..sebab..aq rasa lebih baik aq beritahu my dad dulu.hukhuk

seterusnya..bergeraklah kami ke Wangsa Walk Mall dengan kereta yang baru ditimpa 'sakit' itu.haha..mereka belanja mkn kek kat SR n then pergi karaoke..yeah..tenang sikit jiwa..haha..

 epa,tiqa n qaqa..

balik rumah..moment paling menakutkan..bagaimanakah reaksi ayah?ibu?oh tidak!

ayah ok..ibu pun sama..cuma dapatlah bebelan sedas dua..tapi..mereka cool saje..mungkinkah kerana ketika itu jiran lamaku sekeluarga ada di rumah?n mereka yang memprovok ayah n ibu bahawa kemalangan2 kecil sebegini adalah biasa..haha

amazingly..selepas itu kami dua keluarga pergi makan di restoran mamak..bergembira walaupun pada mulanya aku membayangkan sesuatu yang dahsyat bakal aq terima..alhamdulillah..semua ok..



bulatan merah:calar habis..smpai terkopak.. bulatan biru: bahagian yang terkopak tapi berjaya disambung oleh abang mekanik

p/s;thanx tiqah n qaqa for such an amazing day..thanx ibu n ayah sbb bersabar dgn anakmu yg comel ini..thanx cik lela sekeluarga yg menyelamatkan diriku dr dimarahai dgn lebih teruk.hehe..


Thursday, May 27, 2010

RESULT..OH RESULT..

ASSALAMUALAIKUM..

takku sangka..result final sem 2 sangat cepat diumumkan..n paling tak boleh blah..result keluar waktu aku sedang bertarung public speaking di Arau. sangat2 stress la kan bila dapat tau result dah keluar.mula2 cool lagi.."takpelah..nanti dah balik rumah baru nak check", "tak naklah check dulu,kalu result tak best,bertambah lak stress", "rileks..rileks..tak semestinye kena check result skrg..nanti2lah..fokus dulu kat ptdgan..".. adalah antara detik hati kecilku..namun..akhirnya aku tewas..tewas dengan kehendak sendiri..haha..

masalahnya tak ada internet kat sana..eh..ada..tapi kena ada password..waktu hati-membuak2-nak-tahu-result tapi-tiada-internet tu datang, adalah pulak ternampak seorang peserta dari UITM ni sedang main internet di lappynyer..dengan muka tebal ala2 Tembok Besar Cina..aku mintak izin utk pinjam sebentar..dengan senyuman manis, dia izinkan..thanx awak! :D

menggigil2 jari jemariku menaip kata laluan n password untuk mengakses ke dalam Portal UPSI utk tahu resultnya..beberapa saat kemudian..jeng..jeng..jeng..


"ALHAMDULILLAH"...gembira dengan apa yg dilihat sambil mulut tak henti2 mengucapkan syukur..:)


PNGS meningkat 0.10 mata n PNGK meningkat 0.05 mata berbanding semester lalu..akhirnya kekecewaan untuk capai target pada sem lepas terubat krn target 3.8 sem ni lepas juga..alhamdulillah Ya Allah..

bagi sesiapa yang mengikuti blog ni,pasti tahu konflik2 n permasalahan yang aku hadapi sepanjang sem 2 ni..sem 2 ni paling banyak menyaksikan aku menangis,aku tak cukup tidur sampai mukaku jadi toya..setoya cekodok.. mungkin kalian ingat lagi konflik tugasan luar, konflik assignment, n paling mencabar.. konflik kewangan. Namun,alhamdulillah..Allah itu Maha Adil..Dia cabar aku dengan ujian2 tersebut kerana Dia rupa2nya dah sediakan kebahagiaan di penghujung jalan..Alhamdulilllah..

"Ya Allah..hambaMu ini memohon agar dirinya tidak lupa pada hakikat nikmat dunia itu sementara..jadikanlah aku hambamu yang tidak putus berusaha,,,semoga apa yang aku telah capai kini hasil Redha dan KasihMu itu akan menjadi pendorong agar aku lebih berusaha dan bukan terlalu berpuas hati sahaja..insyaALLAH Ya Allah.."

terima kasih sahabat2 yang sama2 menempuh dugaan sem 2, terima kasih ibu n ayah..terima kasih semua..




experience is the best teacher

ASSALAMUALAIKUM..

hari ni kerajinan terserlah..terasa nak update lagi blog yang bersawang ni..this time..I'm gonna tell u my dear followers on my experience involving in Arau Open Public Speaking n Debate Championship 2010.

sewaktu sahabat2 lain sudah bergembira memulakan cuti semester..aku masih lagi terperangkap di UPSI..berdepan dengan buku2 ilmiah..artikel2 internet n segala macam bahan rujukan yang sememangnya rumit n sukar difahami..American Law, Declaration of Human Rights, Oppression in Southern Yemen, Secession of Middle East Countries, Nuclear Power..bla..bla..bla.. adalah sebahagian kecil..aku ulangi..sebahagian kecil isu yang aku sumbatkan dalam otakku.. berada di UPSI dari 11 Mei sehinggalah 19 Mei kedengaran seperti sekejap..tapi sebenarnya sangat panjang bagiku..tiap masa rasa nak balik rumah..rasa sengal sebab join.ish3..penyesalan yang berasaskan emosi semata2..yang ternyata berakhir dengan senyuman puas..:)

20 Mei tiba..hari untuk tinggalkan UPSI dan menuju ke UITM Arau, Perlis dan habiskan masa sehingga 24 Mei di sana. wah..gua nggak bohong dong..memang berpeluh2 badan memikirkan cabaran yang bakal dihadapi..tapi..kuatkan semangat..btambah semangat bila kami ke sana dengan menaiki bas baru..yeah..kami isytiharkan dulu..dengan 2 orang abang driver yg sangat3 sporting n baik...n pergi bersama lecturerku, Madam Napisah n anaknye,Anis..timbalan dekan fakulti bahasa, Dr. Lanang yang sempoi n pensyarah BM,En. Razali yg biasanya menjadi orang pertama gelak kalau aku buat lawak, team2 debate BI n BM..jauhnya Arau...........hampir 6 petang baru tiba setelah bertolak dr tg malim pada pukul 10 pagi.


rasanya tak perlulah cerita detail..cukuplah aku kelaskan apa yang best n tak berapa best berada di sana...


kita mulakan dengan yang tak berapa best dulu.kenapa?supaya nampak macam bestla kan..kalau letak yang best dulu, nmpak negatif pulak sebab pengakhirannya yang tak best..paham tak?tak paham takpelah..tak keluar exam pun..haha

yang tak best

1.management pertandingan...sangat3 tak best..first day je pun da buat kami tunggu 2 jam untuk briefing..bukan briefing pun..tak brief langsung..panjang gila...urgh!

2.suka2 hati tukar format. paling takleh terima diaorang tukar format public speaking utk final stage..yeah..i almost ended up humiliating myself in front of huge crowds that night..alhamdulillah..everything went well..

3.panas!bahang melampau..kulitku hangit..haha

4. transportation dalam uni..pergh!malam pertama..kami berjalan kaki balik hostel sebab bas lambat sedangkan kami semua dah kepenatan..

5.tak sihat..perut masuk angin..n dizziness melampau..:(

yang best

1. dapat tengok gelagat orang..yang sosial..yang senyap..yang gila2..yang gila..
mcm2 lagilah..

2. makanan..hari2 makan sedap..

3.dinner with Raja Muda Perlis n isteri baginda at Dewan Warisan.. (baginda sangat sporting..:) )

4. won 4th place for Public Speaking..alhamdulillah..(I am a first timer n this winning is a great gift!)

5. Our Debate Team won 3 rounds out of 5 rounds conducted. 

6. shopping at Padang Besar..

7. minum2 di tepi laut pukul 1 pagi..:)

8. karaoke dalam bas..

9.dapat elaun..RM270.. (yang sebahagian kecilnye digunakan utk shopping di Padang Besar).. :D

here are the pictures..enjoy them...






all and all..I had a great time..a precious memory..apart from those internal conflicts I had..still..this will b a remarkable memory throughout my life..:)