my lovely pies

Saturday, February 19, 2011

These tickle me.

ASSALAMUALAIKUM...


How ya' doin' ? How's your Saturday been? cool? hot? mine is hot. The weather off course. I've just attended my weekly choir class this morning. We practiced a new song today, Lagenda. We were done with I  Hear the Music in Me, so my lecturers decided to do Lagenda today. I must say, the harmonization's arrangement for this song is way too difficult as compared to our previous song. Holding a position in soprano, it challenges me more, tho. But yeah, all and all, I had fun. I reckon, my choir class is the only class that I can pour my stress i had leading my hectic uni's life into. :)



So, today's entry basically relies on the topic:



AKU RASA PELIK TENGOK ORANG PELIK PADA BENDA YANG TAK PELIK


Long enough? I reckon so. LOL. basically, topik ini berkaitan 3 kata kunci. pergh..kata kunci tuh.


1. Aku rasa pelik

2. tengok orang pelik

3. pada benda yang tak pelik


kadang-kadang kalau aku berjalan-jalan, bersiar-siar, meronda-ronda, berkeliaran ke mana-mana sahaja di waktu senggang, pasti aku akan dapat lihat situasi-situasi yang aku rasa biasa saja tapi akan ada orang-orang yang pandang pelik padanya. Aku akan highlight 3 daripadanya.



1. Kenapa orang rasa pelik tengok orang lain membaca TAPI tak pelik tengok orang lain pasang lagu kuat-kuat?


courtesy of Google


~ Im not being bias here tapi sememangnya agak sukar untuk kita lihat orang- orang kita membaca selain di perpustakaan dan di tempat-tempat pengajian dan di mana-mana sahaja tempat yang sememangnya akan menjadi tempat orang membaca. Aku sendiri pun dulu bukanlah 'reading person'. Selalunya kalau aku balik KL dari Tg.Malim menaiki tren, selalunya, macam-macam gelagat aku akan lihat dalam tren. Ada yang makan-makan, ada yang tidur, ada yang asyik berbual tapi sangat jarang yang membaca. well, kalau nak fikir pun, tak semua orang suka membaca dalam kenderaan awam, reason being, mereka akan pening-pening. I had the same experience too, but that was when I was in the car.Tapi, tak salah pun kalau nak membaca dalam tren ke, dalam bas ke, lori ke, but not motor and basikal lah kan. (tak perlulah gigih sangat, kan?). Kenapa bila kita membaca dalam kenderaan awam, mereka akan lihat dengan pandangan yang pelik? fine. I know, tak baik bersangka buruk. tapi tak salah kan, kalau nak elak prasangka buruk tu, dengan bertanya pendapat orang lain, macam aku buat skrg ni. I noticed this sebab dah beberapa kali berlaku. Not only to me, to my friends too.




TAPI...


kenapa macam tak ada pula orang buat muka pelik bila orang lain pasang lagu dari HP mereka kuat-kuat dalam kenderaan awam?

courtesy of Google






2. kenapa orang pelik tengok orang bertudung labuh TAPI tak rasa pelik tengok couple berkepit- kepit?

~ pergh. Sure orang akan hentam aku dengan persoalan ni. First, sebab aku pun bukan bertudung labuh, so orang akan kata, "ek eleh..cakap banyak,macam dia bertudung labuh lak. " second, sebab aku single, so orang akan kata, "condemn orang couple lak, jealous lah tu". TAK. bukan sebab tu tau. Sebabnya, aku pun manusia biasa. apa aku rasa dan fikir aku patut kongsikan sebab aku pasti, kat luar tu, ramai ada yang terfikir benda yang sama macam aku fikir, kan?

ha..berbalik kepada isu tudung labuh tu. Benda ni pun aku saksikan sendiri. Bila gadis-gadis bertudung labuh masuk ke sesuatu tempat macam mall ke, even kalau kat tempat tunggu bas sekalipun, pasti akan ada yang melirik je mata ke arah mereka seakan-akan bertudung labuh tu something yang pelik. hurm..
courtesy of Google



TAPI..


Kenapa bila pasangan yang tiada hubungan yang sah berdua-duaan berpegangan tangan, itu dah macam, "alah..biasalah tu. orang tengah bercinta.semuanya indah."  ????

courtesy of Google



3. kenapa orang rasa pelik dengan orang yang cuba speaking in English tapi tak lancar TAPI tak pelik dengan orang yang mengutuk dan mentertawakan orang yang mencuba tu?

courtesy of Google



yang ni memang pelik. Mind telling that, situasi macam ni  lah yang sebenarnya menjadi salah satu penyumbang kepada kurangnya motivasi seseorang untuk mencuba yang terbaik dalam berucap in English. Sometimes, kita semua ni kena jadi sensitif sikit. Kalau dalam berucap tu, kena berhati-hati, takut2 kalau apa yang kita buat atau ucapkan tu sebnarnya beri kesan pada orang lain. contohnya kalau si A salah sebut satu perkataan, si B pulak gelakkan dengan niat bergurau. ha.. tup2..si A dah langsung tak cuba speaking sebab malu digelakkan. see..how easy our actions influence others' actions.  kan?


sebenarnya banyak lagi benda yang tak pelik tapi kita rasa pelik. memang pelik, kan? apa-apa pun, tak guna bebel panjang. aku cuma nak ingatkan diri sendiri dan saling mengingatkan antara satu sama lain, kita semua ni pelik sebenarnya. Cuma, kita je tak sedar. Jadi, janganlah sibuk mencari kepelikan orang lain.


aku perlu kau.


kau perlu aku.


kita tak sama.


kerna itu kita saling memerlu.

6 comments:

SheNn said...

saya shuke entri ini !! hehe..:)

effa_dila said...

:)

saye cume berkongsi ape yg saye lihat di luar sane.

tengku said...

nice..

effa_dila said...

thanx poon.

ada ke mane2 kepelikan yg kostuju?

.::annemishi::. said...

nice! suka.

err.. bab membaca dalam public transport tuh kan. aku stuju gak aar..
sebab balik malaysia ari tuh aku buat, tuh betul, ramai orang tengok macam pelik.
even dalam kereta, orang lain semua tido, aku ngadap buku.

aku tatau aku dapat ability nih dari mana, sbb dulu aku tak boleh buat macam nih. kalau tak muntah.
haha.

rezeki dari langit. :D

effa_dila said...

kan? everyone is entitled to their opinions. but this is what I feel. anyway, aq pun dulu sennag mual if baca dlm kenderaan bergerak especially kereta. but tren ok je la pulak. :)